Friday, 5 March 2021

Gembiranya Kembali Ke sekolah!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2021!



Alhamdulillah, setelah sekian lama belajar secara PdPR secara online di rumah dek kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara, pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Bin Jidin telah memberi kelegaan kepada semua pihak. Sesi persekolahan secara bersemuka telah bermula  pada 1 Mac 2021 bagi murid prasekolah, tahun 1, tahun 2 dan  juga murid Pendidikan Khas.

Keterujaan jelas tergambar di wajah murid-murid Pendidikan Khas kerana dapat hadir ke sekolah untuk berjumpa guru dan rakan-rakan. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang minggu pertama persekolahan bermula untuk refresh minda mereka dan menarik minat untuk fokus belajar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sarjan Md. Nizam Bin Abd Wahab (Pegawai Perhubungan Sekolah) dan Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) kerana sudi hadir ke PPKI untuk memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan.

Jommmm kita tengok aktiviti PPKI sepanjang minggu pertama persekolahan.



Taklimat dan nasihat daripada Sarjan Md. Nizam Bin Abd Wahab (Pegawai Perhubungan Sekolah)

Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) menyampaikan pesanan dan nasihat pada murid-murid PPKI

Puan Norhamizah Binti Hamzah, PK Pendidikan Khas memberi ucapan dan mengalu-alukan kehadiran murid PPKI ke sekolah.










Aktiviti membuat tabung Covid-19 saya.







Aktiviti membuat Pelitup Muka Covid-19 saya.














Aktiviti membuat menu sihat Covid-19 (Roti Bakar)








Semoga murid-murid PPKI terus gembira untuk belajar dalam norma baharu dan terhindar daripada wabak Covid-19.

#kitabelummenang
#kitajagakita

Friday, 22 January 2021

Kita Sihat Kita Selamat (Mencegah COVID-19)

Tarikh : 22 Januari 2021

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Kelas : Semua kelas PPKI

Aplikasi: Google Meet

'Kita Sihat Kita Selamat (Mencegah Virus Covid-19)' merupakan topik yang sangat penting yang cuba disampaikan kepada murid-murid khususnya tentang penjagaan dan keselamatan diri dalam mencegah virus Covid-19. Melalui tajuk pembelajaran ini juga, murid-murid akan didedahkan dengan apa itu Covid-19 dan bagaimana cara penjagaan diri yang betul bagi mencegah penularan  Covid-19 ini. Murid-murid akan diajar bagaimana untuk menjaga kebersihan diri, cara membasuh tangan dan menggunakan 'sanitizer' yang betul, cara memakai pelitup muka dan akhir sekali bagaimana untuk melupuskan pelitup muka yang telah digunakan.

Melalui tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Virus Covid 19)' ini juga murid-murid berpeluang untuk melakukan sendiri dan mengaplikasikan cara bagaimana untuk memakai pelitup muka dan menggunakan 'sanitizer' dengan betul. Kelihatan murid-murid sangat gembira dan begitu teruja untuk melakukan aktiviti ini bersama rakan-rakan yang lain melalui aplikasi 'google meet'. Murid-murid  juga telah diajar bagaimana untuk melupuskan pelitup muka yang telah digunakan. Langkah pencegahan ini adalah sangat penting untuk mendidik murid-murid agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta mencegah penularan wabak Covid-19.

Pada akhir pembelajaran tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Covid 19)' ini murid-murid telah di dedahkan dengan siapa itu 'frontliners' atau mereka yang berada di barisan hadapan dalam mencegah penularan Covid-19 ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk 'frontliners' atau barisan hadapan yang selama ini telah bertungkus lumus bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada Covid-19. Bersama-samalah kita berdoa agar Malaysia kita selamat dan sejahtera selalu hendaknya. 

Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan semasa pembelajaran 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Covid 19)...




Penerangan tentang virus Covid-19


Slaid gambar penerangan tentang cara penjagaan dan pencegahan Covid-19


Murid-murid kelihatan gembira dan bersedia dengan pelitup muka dan 'sanitizer' masing-masing


Slaid gambar kaedah melupuskan pelitup muka 'face mask'.

Terima kasih barisan hadapan ('frontliners')

Semoga pendedahan dan perkongsian maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan sebaik mungkin dalam perjuangan kita menentang Covid-19. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PdPR bertema 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Covid-19)'.

Thursday, 21 January 2021

Makluman Pengambilan Buku Teks PPKI Kegunaan 2021

Hari       : Selasa dan Rabu (26 dan 27 Januari 2021)

Tempat : Kelas Squash dan Kelas Soccer (Bilik Kabin)

Masa     : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Berikutan surat Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Januari 2021, pengagihan buku teks akan dijalankan seperti jadual yang dilampirkan.

Diharap semasa pengagihan buku teks pada waktu tersebut:

  •   Hanya seorang sahaja ibu / bapa / penjaga yang dibenarkan hadir untuk urusan tersebut.                 
  •   Anak tuan/puan sama sekali tidak dibenarkan hadir bersama.


  •   Penjaga juga diminta :

✅   membawa pen sendiri

✅   mengambil suhu di pos pengawal

✅   memakai pelitup muka sepanjang masa

✅   menjaga penjarakan sosial

Kegagalan pihak tuan/puan menepati masa dan melaksanakan perkara di atas akan menyukarkan jawatankuasa SPBT sekolah melaksanakan proses selanjutnya. Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. Sekian.

Saya Sihat Saya Selamat (Makanan Berkhasiat)

Minggu : 1
Tarikh    : 21 Januari 2021
Hari       : Khamis
Kelas     : Semua kelas PPKI
Tema     :Saya Sihat Saya Selamat (Makanan Berkhasiat)
Aplikasi : Google Meet

Semua orang bercakap mengenai diet dan makanan berkhasiat. Kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat ke arah amalan gaya hidup dan makanan berkhasiat ialah satu perkembangan yang positif. Melalui budaya ini, tahap kesihatan masyarakat akan meningkat sesuai dengan aspirasi negara Malaysia untuk menjadi negara maju.

Kita sering kali mendengar ungkapan ‘Anda adalah apa yang anda makan’ iaitu yang membawa maksud makanan sangat mempengaruhi tubuh dan fikiran kita kerana ia adalah perkara utama yang akan membentuk diri kita. Oleh itu untuk mendapatkan tubuh badan yang cergas dan sihat, otak dan minda yang cerdas maka tabiat pemakanan makanan berkhasiat amatlah penting untuk kita semua. 

Tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Makanan Berkhasiat)' amat bersesuaian diajar kepada semua murid PPKI bagi memastikan murid-murid faham dan amalkan konsep pemakanan makanan berkhasiat di dalam kehidupan seharian mereka. Sebelum sesi pengajaran bermula murid-murid melakukan aktiviti senaman ringan dan dikehendaki memperkenalkan diri terlebih dahulu. Ini bagi melatih murid dengan sikap berani bersuara di khalayak ramai. Antara video dan gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) amali membuat roti sandwich telur secara google meet bersama murid seperti di bawah:

Slaid powerpoint semasa sesi pengajaran

Hasil video secara google meet

Video amali bersama salah seorang murid



Antara gelagat murid-murid yang sedia menunggu dan tidak sabar untuk melakukan sesi amali bersama-sama.



Antara gambar aksi murid-murid kelihatan seronok dan bersungguh-sungguh menyiapkan roti sandwich telur masing-masing.

Diharap PdPR hari ini memberikan manfaat dan kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan bagi murid-murid belajar di alam maya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 20 January 2021

Seronoknya Belajar Dari Rumah : 'PdPR dalam Norma Baharu'

Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PdPR) 

Penularan Covid-19 telah mengubah pelbagai perkara dalam kehidupan kita termasuk sesi pembelajaran! Mahu tidak mahu kita harus menjalani rutin baharu ini demi kepentingan bersama. Jika dulu kita bebas belajar di sekolah dan di mana sahaja, namun sekarang kita perlu belajar dari rumah! Ya, satu norma baharu yang perlu dibiasakan lantaran pandemik Covid-19.

Alhamdulillah, hari pertama bersua muka bersama anak-anak PPKI secara google meet memang sangat ceria dan 'happening'! Macam-macam ragam dan cerita mereka ingin ceritakan pada guru dan rakan-rakan yang lama tidak berjumpa. Ada juga yang masih malu-malu!

Hari pertama murid-murid ditayangkan kembali gambar-gambar pentadbir SKTPP, guru dan PPM PPKI. Alhamdulillah, mereka masih kenal dan ingat cikgu dan kakak PPM!

Jom kita tengok aksi anak-anak istimewa ini kali pertama google meet!






















Terima kasih buat guru-guru PPKI, PPM dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terbaik buat anak-anak PPKI ini belajar dengan baik. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari wabak Covid-19 ini.

#belajardarirumah
#patuhiSOP
#kitabelummenang

Wednesday, 9 December 2020

Kunjung Bantu Program Pendidikan Inklusif (PPI) Holistik

 Apa itu Program Pendidikan Inklusif?


Matlamat Program Pendidikan Inklusif

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.


Syukur Alhamdulillah, pada 8 Disember 2020 PPKI SKTPP telah dikunjungi oleh fasilitator hebat dalam bidang Pendidikan Khas yang telah menjelaskan dengan lebih mendalam dan secara terperinci mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Holistik ini. 

Jutaan terima kasih buat Puan Norhayati Binti Jupri (JU Kebangsaan  PPI Holistik), Puan Arba'ayah Binti Hj. Jailani (Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPS) dan Puan Zalifah Binti Reduan (Penolong Pegawai Pendidikan Khas PPD Sepang) yang telah hadir membantu untuk memantapkan pengurusan PPI Holistik di PPKI SKTPP. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang turut sama menjayakan program kunjung bantu ini. 

Semoga hasil dapatan kunjung bantu ini dapat meningkatkan pemahaman guru-guru PPKI mengenai PPI ini dengan lebih mendalam dan pelaksanaannya dapat dijayakan dengan lebih baik.





Semoga matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI) Holistik ini akan dapat dicapai dengan jayanya dan potensi anak-anak MBK akan ditingkatkan! 

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...