Perkhemahan Mini PPKI telah diadakan seperti butiran berikut:
a) Hari : Rabu
b) Tarikh : 30 April 2014
c) Tempat : Padang Sekolah SKTPP
d) Sasaran : 30 murid PPKI dan 9 orang guru PPKI
Matlamat Utama
Aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan
untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri
positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah
dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya
mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan
organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah
yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi mengikut
kemampuan murid.
Objektif Aktiviti Perkhemahan
i. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal
dan mental setiap murid.
ii. Membentuk pelajar yang mampu berdikari
dan mampu menyesuaikan diri.
iii. Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
iv. Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan
aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
v. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan
menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
vi. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di
kalangan guru-guru dan murid.
PERJALANAN
AKTIVITI
7.30 – 8.00 pagi
|
Pengesahan
Kehadiran,
Pembahagian
Kumpulan
|
8.00 – 9.00 pagi
|
Senamrobik
|
9.00 – 10.00 pagi
|
Treasure
Hunt
|
10.00 – 10.30 pagi
|
Rehat
|
10.30 – 11.30 pagi
|
Belajar Memasang
Khemah
|
11.30 – 1.00 t/hari
|
Aktiviti Memasak /
Ikatan Pertolongan Cemas
|
1.00 – 2.00 petang
|
Permainan Dalaman /
Penutup
|
Di akhir aktiviti program ini, kesemua
murid PPKI dilihat begitu gembira dan seronok dengan pelbagai acara yang telah
dilaksanakan oleh guru dan juga PPM. Semua murid begitu bersemangat hingga ke
akhir program. Kegembiraan setiap murid juga telah berganda apabila di akhir
acara, setiap kumpulan murid telah dianugerahkan hadiah berupa hamper. Syabas
dan tahniah diucapkan! Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa
hadapan.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:
|
Aktiviti regangan sebelum Senamrobik dimulakan. |
|
Murid-murid sedang bersenam aerobik mengikut bimbingan guru. |
|
Aktiviti Treasure Hunt |
|
Bekerjasama menyelesaikan puzzle. |
|
Semangat berpasukan. |
|
Bersungguh-sungguh meniup tepung. |
|
Belajar ikatan kain anduh untuk pertolongan cemas. |
Disediakan oleh,
Pn. Salasiah binti Abdul Razak
Pn. Rozaitul Ikhma binti Ab Razak
Pn. Noor Bahiriah binti Baharum