Pada 13 Oktober 2016 (Khamis), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengadakan aktiviti Kerja Lapangan - Terapi Boling di ArlPower Bowl, Alamanda. Seramai 34 orang murid, 11 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah mengikuti aktiviti tersebut.Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti luar kelas yang terdapat dalam takwim tahunan PPKI SKTPP.
Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus murid dengan lebih baik terutama bagi murid yang bermasalah kemahiran psikomotor. Selain itu aktiviti ini dapat membina keyakinan diri murid dan melatih murid supaya fokus dan memberi perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola boling, murid perlu melihat ke arah pin boling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.
|
Pembahagian kumpulan |
|
Penerangan tentang cara bermain dan aspek keselamatan oleh Cikgu Dzarfan |
|
Aksi-aksi semasa aktiviti berjalan |
|
Sesi bergambar kenangan di luar - Arlpower Bowl, Alamanda
|
|
Sesi soal jawab berkaitan hasil pembelajaran selepas habis aktiviti
|
|
Aktiviti makan selepas aktiviti di Mc Donald Alamanda
|
Murid tiba di perkarangan sekolah pada jam 1.45 petang.