Friday, 30 March 2018

Kem Bestari Solat Siri 1

Pada 30 Mac 2018 yang lalu bersamaan dengan hari Jumaat, telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1 untuk kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Putra Perdana.

Kem dimulai dengan pembahagian kumpulan dan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Setiap kumpulan akan diberikan 2 orang fasilitator untuk memimpin dan membimbing murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.


Selesai taklimat, murid bergerak dalam kumpulan untuk amali mengambil wuduk. Setiap kumpulan menerima penerangan cara yang betul mengambil wuduk sementara  menunggu giliran mengambil wuduk.

Seterusnya, murid melengkapkan latihan berkaitan amali wuduk dalam kumpulan dengan bimbingan.

Murid menyambung aktiviti pergerakan dan bacaan di dalam solat secara teori. murid melengkapkan latihan berkaitan dengan bimbingan guru. Seterusnya, amali solat diadakan oleh ustaz Mahadir secara berkumpulan. Murid dibimbing melakukan gerakan solat melalui solat Subuh berjemaah.






Pada akhir kem, murid menguasai kemahiran asas solat dan pergerakannya.

Mesyuarat JPPKS dan Inklusif 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bertarikh 24 April 2021 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Program P...