Tuesday, 29 November 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir

Isnin, 21 Nov - Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir murid PPKI telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Restoran D'Empangan Udang Galah, Presint 5 Putrajaya. Program seumpama ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara ibu bapa, guru, PPM dan juga pentadbir sekolah. Di samping itu, majlis ini turut dapat memberi penghargaan dan meraikan murid-murid PPKI selain meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi murid.

Antara agenda semasa jamuan adalah:

  • Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar
  • Sambutan dan penyampaian hadiah hari lahir kepada murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember
  • Majlis Lambaian Kasih murid Tahun 6
  • Cabutan bertuah 
Gambar-gambar sewaktu sambutan hari jadi dan jamuan :
Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar

Sambutan hari lahir 







Penghargaan kepada murid Tahun 6

Barisan PPKI SKTPP

Majlis tamat pada pukul 3.00 petang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa dan pihak yang tampil memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.


Friday, 11 November 2016

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-Murid Pendidikan Khas Intergrasi (PPAS - PPKI)


Tarikh: 9 November 2016
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM: 9 guru ,  2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang

Murid-murid PPKI dari SKTPP merupakan murid-murid pertama dan perintis  dalam Daerah Sepang yang telah dijemput menyertai program  anjuran Fakulti Perhutanan dari UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.

Matlamat program adalah:
  • membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran
  • Membentuk sekolah-sekolah di PPKI di Daerah Sepang menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah yang lain di selangor
  • Membentuk jaringan dalam kalangan sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam sekitar

Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:-

1. Aktiviti di dalam denai
Sepanjang perjalanan di denai murid-murid telah dapat mengenali dan mempelajari perkara-perkara seperti 

  • Biji benih yang pelbagai bentuk, saiz dan cara penyebaran
  • Daun-daun yang pelbagai bentuk dan saiz 
  • Saiz pokok di mana murid telah diperkenalkan dengan akar banir pokok yang penting dalam menyokong pertumbuhan pokok hutan
  • Kepentingan dan keperluan cahaya matahari, air dan nutrien kepada tumbuhan dan haiwan
  • Haiwan liar yang boleh didapati di dalam hutan seperti serangga, semut hutan, kelawar dan burung.
  • Murid-murid turut diperkenalkan dengan kulat dan kepentingan kulat sebagai bahan pereput untuk mengembalikan nutrien ke dalam tanah.

2. Aktiviti Trust Fall
  • Peserta telah dijatuhkan pada ketinggian yang berbeza dan disambut oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing 
3. Aktiviti menanam pokok
  • Murid-murid telah menanam pokok dan dibantu oleh fasilitator
1. Aktiviti mengenal biji benih  2. Aktiviti mengenal kulat  3. Aktiviti mengenal haiwan liar  4. Aktiviti mengenal habitat haiwan 

1. Aktiviti mengenal bentuk dan saiz daun  2. Aktiviti menanam pokok  3. Aktiviti Trust Fall 

Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam sekitar adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. 

Berita Program Terapi Alam Sekitar PPKI SKTPP telah keluar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2016

Hari Jalinan Mesra Sesi 2/2016 (Program Integrasi Pendidikan Khas)

Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini, adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga, untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.
Hari Jalinan Mesra Siri 2/2016 telah berlangsung pada:-
Hari        : Khamis
Tarikh     : 10 November 2016
Masa     :  8:00 a.m. – 12:00 p.m. (sesi pagi)
Tempat : Bilik darjah

     Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

       
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.


Thursday, 3 November 2016

Aktiviti Lapangan : Membeli-Belah

3 Nov, Khamis - Buat julung-julung kalinya murid-murid PPKI dibawa untuk aktiviti lapangan (membeli-belah) di Tesco Bukit Puchong. Aktiviti seumpama ini yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana amat memberangsangkan kerana mendapat penyertaan murid yang agak ramai. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dibantu oleh guru dan pembantu pengurusan murid (PPM). Antara agenda yang dijalankan adalah murid-murid diminta untuk mencari barang-barang di dalam Tesco dengan menunjukkan gambar. Murid-murid sangat proaktif dan teruja semasa mencari barang-barang yang diperlukan.

Sedutan gambar-gambar sepanjang aktiviti..




Guru memberi arahan sebelum aktiviti bermula



Murid gigih mencari barang yang diperlukan

Murid membayar untuk barang yang dibelinya

Murid dibantu PPM untuk belajar cara membayar di kaunter



Murid makan dulu sebelum balik sekolah

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...