Saturday 11 February 2023

Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 Bertemakan 'Kenduri Kampung'

Alhamdulillah dan tahniah untuk warga PPKI kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 dengan jayanya.

Majlis ini telah berlangsung pada 11 Februari 2023 (Sabtu) di Dewan Perdana SKTPP pada pukul 11.00 pagi.  Objektif diadakan jamuan ini ialah:

1. Menghargai dan memberi keyakinan dalam diri murid dengan mengingati hari lahir mereka serta menghargai usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun

2. Menggalakkan dan merapatkan lagi hubungan murid dengan komuniti masyarakat setempat serta bebas melakukan aktiviti di dalam komuniti yang aman.

3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, pembantu pengurusan murid dengan ibu bapa dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan mewakili Guru Besar, ucapan YDP PIBG serta Penolong Kanan PPKI. Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang menyeronokkan lagi menghiburkan. Banyak hadiah cabutan bertuah disediakan yang menceriakan para hadirin. Murid-murid serta ahli keluarga dan tetamu sporting berpakaian tema kampung termasuklah guru-guru, PPM dan para pentadbir. Tahniah kepada para penerima hadiah serta pemenang pakaian tema terbaik. Majlis berjalan lancar hinggalah selesai pada pukul 2.00 petang.


Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung: 
















Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...