Friday 1 July 2022

Program Kem Bestari Solat PPKI 2022

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Program Kem Bestari Solat bertujuan memberi pendedahan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Antara objektif Program Kem Bestari Solat adalah:

1.    Murid dapat mengetahui dalil dan hukum menunaikan solat fardhu.

2.    Murid dapat mengetahui nama-nama solat fardhu berserta bilangan rakaatnya.

3.    Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

4.    Memberi pendedahan kepada murid tentang perlakuan solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program Kem Bestari Solat telah dilaksanakan pada:

Hari

Jumaat

Tarikh

01 Julai 2022

Masa

08:30 pagi – 11:20 pagi

Lokasi

Dewan Putra Perdana dan Kelas Squash

Berikut adalah foto-foto sepanjang program dilaksanakan:

Murid Pendidikan Khas mendengar ceramah bersama murid aliran perdana 

Amali wuduk lelaki 

Amali wuduk perempuan 

Fasilitator membetulkan kedudukan tangan peserta sewaktu membaca Surah Al-Fatihah 

Fasilitator membetulkan perlakuan 'Rukuk' peserta 


Fasilitator membetulkan perlakuan sujud peserta 

Fasilitator membetulkan perlakuan duduk di antara dua sujud peserta 

Perlakuan duduk tahiyat akhir peserta sambil diperhatikan oleh fasilitator 


Memberi salam 

Bacaan doa 

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan bersurai 

Diharapkan Program Kem Bestari Solat ini dapat memberi manfaat seterusnya mencapai objektif yang telah dinyatakan.

Disediakan oleh:

Zairuddin bin Mohamad Kelsom 

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...