Friday 12 August 2022

Sambutan Hari Lahir & Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bertarikh 12 Ogos 2022, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun. Dalam kemeriahan sambutan hari lahir, diselitkan juga Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi buat Puan Norhamizah binti Hamzah sempena perpindahan beliau ke SK Taman Putra Perdana 2. Sepanjang majlis, pelbagai emosi terzahir pada riak wajah seluruh hadirin yang hadir.


Majlis dihadiri oleh NYDP PIBG, Puan Normawati binti Saad serta para pentadbir. Dimulakan dengan ucapan-ucapan seterusnya majlis penyampaian hadiah daripada murid kepada Puan Hamizah dan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang menyambut hari lahir.










Persembahan kenangan bersama Pn. Norhamizah

Selesai majlis perpisahan Puan Hamizah, majlis bertukar tempat ke ruang legar untuk majlis penyerahan dan pemotongan kek murid yang menyambut hari lahir.  Berikut beberapa gambaran suasana semasa sambutan berlangsung:









Murid-murid disajikan dengan pelbagai menu seperti pasta, brownies, kuih muih dan pelbagai juadah pencuci mulut. Alhamdulillah, semua menu adalah sumbangan ibu bapa dan orang perseorangan. 




Pelbagai juadah telah disumbangkan oleh ibu bapa


Selesai majlis, maka berakhirlah PPKI SKTPP di bawah pimpinan Pn Norhamizah. Semoga Pn. Norhamizah terus cemerlang dan berbahagia di sekolah baru. Buat seketika, Puan Noor Hayati Yusof telah dilantik selaku Penyelaras PPKI. Moga PPKI SKTPP terus maju dan gemilang pada masa hadapan.

Thursday 11 August 2022

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2022

 

Tarikh: 9 Ogos 2022 - 11 Ogos 2022
Tempat: Stadium Mini KPM, SMK USJ 23, Subang Jaya

Medan perjuangan anak-anak istimewa dalam sukan olahraga kini kembali menggegar bumi Subang USJ23. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2022 yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik setiap daerah di Negeri Selangor. 

Kontingen Sepang telah menghantar seramai 42 orang atlet, termasuk seorang murid PPKI SK Taman Putra Perdana iaitu Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan dalam acara lontar peluru dan 4x100 meter perempuan bawah 12 tahun.

Secara keseluruhan Kontingen Sepang berada di kedudukan ke-9 dengan jumlah kutipan pingat 1emas, 7 perak dan 12 gangsa. 

Syabas atas semangat juang yang tinggi buat anak-anak istimewa Sepang. Walaupun daerah Sepang menghantar kontingen yang paling sedikit tetapi mereka tidak mudah  menyerah kalah sebelum berjuang! Menang tak megah, kalah tak rebah!

Berikut ialah gambar-gambar menarik di sepanjang kejohanan ini berlangsung:


























Tahniah buat atlet-atlet Sepang yang berjaya dan yang tidak berjaya. Kita kutip pengalaman tahun ini dan jadikan pengajaran dalam memburu kejuaraan tahun depan! Terima kasih buat semua sahabat team Sepang yang sangat hebat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program akan datang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua!

#kamitakramaitapikamiada
#TeamSepang
#WeStrongTogether

Disediakan oleh,
Cikgu Yatt

Tuesday 9 August 2022

Majlis Meraikan Atlet Olahraga PPKI SKTPP

AKTIVITI    :  Kejohanan Olahraga PPKI MSSD Sepang 2022

TARIKH       :  1 Ogos 2022 hingga 4 Ogos 2022

TEMPAT       :  Stadium Majlis Perbandaran Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi

Satu majlis telah diadakan di SK Taman Putra Perdana bagi meraikan atlet yang berjaya mewakili dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk atlet ke Dataran Perhimpunan diiringi paluan kompang. Perarakan ini turut disertai oleh ibu bapa, jurulatih, barisan pentadbir, PIBG dan En. Mohd Najib bin Hussin selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Unit Pembangunan Bakat Murid.

Berikut ialah pencapaian murid PPKI SKTPP;

PENCAPAIAN:

1. Johan Lontar Peluru Perempuan

·                     Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan

2. Naib Johan Lontar Peluru Lelaki

·                     Kamarul Rayyan Fikry Bin Kamarul Badlishah

3. Tempat Ketiga Lompat Jauh Lelaki

·                    Mohammad Fareez Bin Mohammad Faiz

4. Tempat Ketiga 4x100 Meter Perempuan

 ·       Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan

·           Norhana Julia Bt Abdullah

·           Nur Auni Qaseh Binti Mohd Asri

·          Nur Alya Nisaa Binti Ahmad Shahril Ridhwan

Pungutan Pingat: 1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa

Kedudukan Keseluruhan: No. 3

· Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan terpilih mewakili daerah Sepang ke Kejohanan Olahraga PPKI MSS Selangor (9 - 11 Ogos 2022) dalam acara lontar peluru dan 4x100 meter.

Peserta-peserta PPKI SKTPP:

1.                  Kamarul Rayyan Fikry Bin Kamarul Badlishah

2.                  Ammar Yusuf Hamdan Bin Abdul Muizz

3.                  Muhammad Umair Zahin Bin Ismail

4.                  Izzul Hadi Bin Mohd Hafizuddin

5.                  Muhammad Najmuddin Bin Mohd Nizam

6.                  Mohammad Fareez Bin Mohammad Faiz

7.                  Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan

8.                  Norhana Julia Bt Abdullah

9.                  Nur Auni Qaseh Binti Mohd Asri

10.              Nur Alya Nisaa Binti Ahmad Shahril Ridhwan

 

Pengurus pasukan: Cikgu Noor Hayati Binti Yusof

Guru Pengiring: Cikgu Nurul Iman Binti Illyas

Majlis perarakan masuk

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG

Ucapan Penolong Pegawai PPD Unit Pembangunan Bakat Murid; En. Mohd Najib bin Hussin




Ibu Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan

Pasukan PPKI SKTPP

Syabas dan tahniah kepada anak-anak PPKI SKTPP kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi sehingga tamat kejohanan. Semoga tahun depan akan lebih menyerlah sinaran pingat hasil pengalaman yang diperolehi pada tahun ini.

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...