Wednesday, 30 November 2022

Sambutan Hari Lahir Julai - Disember 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Bertarikh 30 November 2022 bersamaan hari Rabu, telah berlangsungnya Sambutan Hari Lahir kali ke dua bagi anak - anak khas yang dilahirkan pada bulan Julai hingga Disember.


Walaupun perancangan berlaku dalam masa yang singkat, namun kemeriahan masih terasa. Bertemakan "Football Fever" bersempena World Cup yang sedang rancak berlangsung, murid serta warga ppki hadir dengan memakai jersi. kemeriahan jelas ketara dengan warna warni jersi yang dipakai.

Puan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali berkesempatan untuk turut hadir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada anak - anak khas.






Alhamdulilah, rezeki anak - anak khas, pelbagai menu secara "potluck" yang dibekalkan oleh ibu  bapa. Murid turut dibekalkan dengan "Happy Meal" daripada Mcdonald.







Dalam kesederhanaan, kegembiraan terselah di riak wajah setiap murid.


Wednesday, 23 November 2022

Program Pendidikan Alam Semulajadi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) 2022

Program Pendidikan Alam Semulajadi 
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) 
Sekolah Rendah Tahun 2022


Tarikh: 23 November 2022 
Tempat: eDU-PARK Universiti Putra Malaysia
Anjuran: Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Putra Science Park

Pendahuluan

Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam semulajadi adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. oleh yang demikian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Alam Semulajadi untuk murid-murid sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) ini yang direka bentuk khas.

Tujuan

Tujuan aktiviti ini, adalag untuk mendeddahkan murid-murid PPKI kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri. ia juga diharap sebagai suatu bentuk terapi di mana murid-murid kelainan upaya ini memperoleh pengalaman melakukan aktiviti pembelajaran di suasana hutan yang damai.

Alhamdulillah, seramai 7 orang murid PPKI SKTPP dan 2 orang guru pengiring (Cikgu Yatt dan Cikgu Iman) diberi peluang untuk menyertai program ini. Murid-murid sangat teruja  melakukan  aktiviti yang telah dirancang oleh pihak UPM dan mendapat pengalaman berharga. Antara aktiviti yang telah dilakukan oleh murid ialah:

  • Memberi makan kuda
  • Berinteraksi dengan kuda (petting)
  • Demonstrasi 'Horse Grooming'
  • Mengenali lebah kelulut
  • Belajar cara tanaman sayur dan pokok buah
  • Memberi ikan makan
  • Aktiviti 'Hand Print'
Jom kita tengok gambar-gambar dam video best sepanjang program ini.





















Terima kasih UPM atas layanan baik dan penganjuran program yang sangat bermanfaat dan terbaik ini. Semoga anak-anak PPKI dapat belajar sesuatu yang bermakna dan seronok meneroka ilmu baru. 

TERIMA KASIH DAUN KELADI..SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI!


Disediakan oleh:
Cikgu Yatt



Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...