Saturday, 25 March 2023

Ceramah & Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI Kali Pertama Sesi 2023/2024

Tarikh    : 25 Mac 2023 ( Sabtu )
Tempat  : Terminal Muafakat SKTPP
Masa      : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Objektif :

1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi 2023/2024
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan program KPKP.
4. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibu bapa.

Atur cara majlis : 

8.00 pagi - 12.30 tengah hari

- Pendaftaran ibu bapa 
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Sesi ceramah
- Penyampaian cenderamata kepada penceramah
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Ucapan GPK PPKI
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan penyata kewangan 2022/ 2023
- Penyerahan sijil cenderahati kepada AJK Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI 2022/ 2023
- Laporan Penolong Kanan PPKI
- Laporan unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum
- Pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI 2023/ 2024
- Hal-hal lain
- Bersurai


Unit Pendidikan Khas SKTPP mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI kali pertama bagi tahun ini. Di samping majlis permuafakatan, turut dianjurkan sebuah ceramah kepada semua guru serta ibu bapa murid PPKI tentang pendedahan dan kesedaran dalam mendepani anak-anak istimewa yang dikendalikan oleh penceramah berwibawa; Puan Mazlifah Mohamad (Guru PPKI SMK Puncak Jalil). Tajuk ceramah yang diberikan oleh Puan Mazlifah ialah 'Kepentingan Terapi' yang cukup sinonim dengan kehidupan guru dan ibu bapa murid PPKI SKTPP.

Sesi ceramah yang berlangsung hampir 1 jam dari 8.30 - 9.30 pagi itu cukup bermakna dengan disulami suasana penuh emosi sehingga menyentuh perasan para hadirin. Puan Mazlifah memberikan banyak input serta pendedahan yang lengkap dan jelas kepada semua hadirin sebagai ilmu  bagi mendepani murid-murid pendidikan khas.

Fotografi sepanjang sesi ceramah :-





Gambar-gambar sepanjang Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI kali 1 sesi 2023/2024. Majlis turut dihadiri YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.







Keputusan pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa & Guru PPKI sesi 2023/ 2024 :

Pengerusi : Puan Siti Faezah binti Ahmad
Naib Pengerusi : Puan Nor Mariani
Setiausaha : Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Naib Setiausaha : Encik Zairuddin bin Mohamad Kelsom
Bendahari : Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
AJK : 1. Encik Fitri & Puan Rohaizan
           2. Puan Rahimah binti Ismail
           3. Puan Suraya
           4. Puan Farhana
           5. Puan Ryhamaznun
Juru Audit : Puan Saliza


Mesyuarat tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat kali ini.

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...