Saturday, 23 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Dan Sambutan Hari Lahir PPKI 2019

Al-hamdulilah dan tahniah untuk warga PPKI kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir PPKI 2019 dengan jayanya.

Majlis ini telah berlangsung pada 22 November 2019 (Jumaat) di Dewan Perdana SKTPP pada pukul 6.30 petang.  Objektif diadakan jamuan ini ialah:
1.            Menghargai dan memberi keyakinan dalam diri murid dengan mengingati hari lahir mereka serta menghargai usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun
2.            Menggalakkan dan merapatkan lagi hubungan murid dengan komuniti masyarakat setempat serta bebas melakukan aktiviti di dalam komuniti yang aman.
3.            Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, pembantu pengurusan murid dengan ibu bapa dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. Kemudian diikuti dengan ucapan Penolong Kanan PPKI dan dirasmikan oleh Ahli Majlis MPS, En. Rushdan bin Mohamed.

Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang mempersonakan lagi menghiburkan. Banyak hadiah Cabutan Bertuah disediakan yang menceriakan para hadirin. Murid-murid serta ahli keluarga dan tetamu sporting berpakaian tema tradisional termasuk tuan perasmi. Tahniah kepada para penerima hadiah serta pemenang pakaian tema terbaik. Majlis berjalan lancar hinggalah selesai pada pukul 11.00 malam.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung: 




Disediakan oleh Mahadir bin Midun.

Thursday, 21 November 2019

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Tahun 2019 Bagi Murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Pada 21 November 2019 (Khamis), jam 10.30 pagi berlangsung penyerahan Pelaporan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid-murid kelas Tahun 6 Aquatics (PPKI) di Dewan Perdana SKTPP. Alhamdulillah penyerahan pelaporan berjalan dengan baik. Hanya 2 orang murid tahun 6 Aquatics daripada 8 orang murid tidak hadir untuk mengambil pelaporan.

Selain Pelaporan PASR, setiap murid juga diserahkan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan dan Koko (PAJSK), Fail Peribadi Murid dan Sijil Tamat Persekolahan.

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari penyerahan pelaporan...


Penyerahan Pelaporan PASR oleh Guru Kelas 6 Aquatics (Pn. Roslina Bt Jafar)


Bergambar kenangan bersama murid bernama Nur Amalia Aisyah Bt Hasni

Bergambar kenangan bersama Adrianna Bt Ria

Bergambar kenangan bersama Putri Nurdini Damia Bt Muhammad


Bergambar kenangan bersama Muhammad Aziman Hazim Bin Azmeey



Disediakan Oleh;
Roslina Binti Jafar 

Wednesday, 20 November 2019

Majlis Anugerah Cemerlang

Bertarikh 20 November 2019, bersamaan hari Rabu, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) untuk semua murid daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 termasuk PPKI. 

Bersempena majlis tersebut, PPKI telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Di bawah bimbingan Cikgu Norfauziaton dan Cikgu Afiq, seramai 10 orang murid telah mengadakan persembahan Tarian Lagu Rakyat "Chan Mali Chan" dan "Burung Kakak Tua".




Pada majlis ini, selain anugerah kecemerlangan akademik, tiga anugerah khas turut disampaikan. Berikut adalah penerima hadiah anugerah khas..

Anugerah Keseluruhan : Irfan bin Ahmad Ridzuan

Anugerah Korikulum : Munirah Wafiah binti Zamri

Anugerah Sahsiah : Muhammad Amin bin Roslan
Pada majlis tersebut, ibu bapa penerima hadiah turut dijemput untuk memeriahkan majlis. Berikut beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung..








Saturday, 16 November 2019

Hari Orientasi Tahun 1 2020

Al-hamdulilah... PPKI SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2020 pada ;
           
                Tarikh: 16 November 2019
                Hari: Sabtu
                Masa: 7.30pagi - 12.30 tengah hari
                Tempat: SK Taman Putra Perdana

Seawal jam 7.30 pagi SKTPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga. Hari Orientasi ini diadakan pada hari Sabtu. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.



Majlis telah dimulakan dengan ucapan Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku YDP PIBG SK Taman Putra Perdana. Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali juga memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran ibubapa serta anak-anak yang mendaftar masuk Tahun 1/2020 dan berharap mendapat kerjasama yang baik daripada ibubapa sepanjang sesi persekolahan tahun 2020 nanti.

Slot Taklimat juga telah disampaikan kepada ibubapa seperti berikut :

* Taklimat Minggu Transisi oleh Cik Amalina bt Abd Hamid.

* Taklimat Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif (PPKI) oleh Pn Norhamizah bt
 Hamzah.

* Taklimat Disiplin oleh Tn Hj Tarmiji bin Sabali

Selesai acara ibu bapa di dewan, murid-murid arus perdana yang telah selesai menjalani aktiviti di dalam kelas dibawa pula melawat kawasan-kawasan utama sekolah iaitu tandas, kantin, kedai buku & bilik guru. Manakala murid-murid PPKI telah ditempatkan di kelas PPKI. Terdapat seramai 8 orang murid telah mendaftar ke kelas PPKI. 


Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi semangat kepada anak-anak Tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.


Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan Hari Orientasi PPKI tahun 1 2020..



 

Murid sedang menyiapkan tugasan






AJK Pendaftaran siap siaga menunggu murid





Murid PPKI berbaris di dataran



Guru membawa murid ke kelas PPKI

Laporan ini disediakan oleh Mahadir Midun

Friday, 15 November 2019

Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa dan Guru PPKI SKTPP Kali Ke-2 2019

Pada 15 November 2019 (Jumaat), Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Ibubapa dan Guru PPKI SKTPP Kali Ke-2 bagi tahun 2019.  Mesyuarat telah diadakan di Dataran PPKI.

Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk;
  • membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2019.
  • membincangkan isu-isu dan masalah berkaitan murid-murid PPKI.
  • Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibubapa PPKI.
  • Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru PPKI dan ibubapa dalam melaksanakan program PPKI.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

10.00 pagi - Ucapan pengerusi Majlis
                - Bacaan doa
                - Ucapan Guru Besar SKTPP
                - Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI
                - Pengesahan Minit Mesyuarat yang                        lalu
                - Perkara berbangkit
                - Pembentangan penyata kewangan                        2019 
                - Laporan Penolong Kanan PPKI
                - Laporan Unit Kurikulum
                - Laporan Unit HEM 
                - Laporan Unit Kokurikulum
                - Hal-hal lain
                - Bersurai

Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung.   


Ucapan Kata Alu-aluan oleh YDP PIBG Encik Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian
Ucapan Guru Besar SKTPP Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali
Ucapan GPK PPKI Pn. Norhamizah Bt Hamzah

Laporan Unit Kokurikulum oleh Cikgu Muhammad Afiq Bin Azli 


Pengacara Majlis Pn. Noor Hayati Bt Yusof

Ibu bapa yang hadir

Sesi soal jawab

 Mesyuarat tamat pada jam 11.20 pagi.
      
 Disediakan oleh;      
 Roslina Bt Jafar

Hari Jalinan Mesra Siri 2/ 2019

Tarikh: 15 November 2019
Hari: Jumaat
Masa : 7.30 - 11.50 pagi
Tempat : Kelas PPKI

SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Hari Jalinan Mesra untuk kali kedua bagi tahun 2019. Kelas PPKI tidak ketinggalan mengadakan Hari Jalinan Mesra bersama guru dan ibubapa / penjaga murid-murid PPKI. Perjumpaaan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2019 anak-anak mereka daripada guru kelas masing-masing di samping beramah mesra dengan guru-guru serta membincangkan prestasi anak-anak. Kehadiran ibubapa pada Hari Jalinan Mesra kali kedua bagi tahun 2019 ini sangat memberangsangkan dan menunjukkan kerjasama yang erat dan padu daripada ibubapa. Komitmen dari pihak ibubapa diucapkan ribuan terima kasih.







Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah berakhir pada pukul 11.50 pagi. Semua murid pulang bersama ibubapa dan penjaga masing-masing.

Taklimat Kokurikulum PPKI SKTPP Kali Ke-2 2019





























Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...