Monday 4 November 2019

Program Pendidikan Inklusif Holistik PPKI

Hari ini telah dilangsungkan Majlis Pelancaran Program Pendidikan Inklusif Holistik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Taman Putra Perdana..

Tarikh :  4.11.2019
Hari    :  Isnin
Masa   :  8:00 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Tema   : Ke Arah Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa

Objektif Program Pendidikan Inklusif :

1. Memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
2. Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum.
3. Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka.
4. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.

Paparan gambar sepanjang majlis pelancaran :

                   


   Barisan Pentadbir sekolah yang memberikan sokongan                                 semasa majlis pelancaran.
               Buku Program

                        Bacaan doa daripada murid inklusif PPKI adik Irfan Bin Ahmad Ridzuan


    Ucapan ringkas daripada Penolong Kanan Kurikulum                                                   SKTPP.
Kata-kata aluan daripada GPK Pend.Khas.

Majlis Pelancaran Program Pendidikan Inklusif Holistik PPKI dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Putra Perdana.

Antara gambar murid-murid inklusif dari kiri adik Irfan bin Ahmad Ridzuan, adik Muhamad Rayen bin Mohd Isa, adik Putri Nurdini Damia binti Muhamad, adik Munirah Wafiah binti Zamri, adik Adrianna binti Ria, adik Muhammad Aziman Hazim bin Azmee dan adik Mohammad Amin Roslan.

Gambar kenang-kenangan selepas majlis pelancaran bersama barisan pentadbir sekolah, guru-guru, pembantu pengurusan murid (PPM) dan murid-murid inklusif.
 

No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...