Tarikh: 31 Oktober 2019
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Terapi renang merupakan aktiviti terapi terakhir yang dijalankan bagi sesi persekolahan tahun 2019. Semua murid mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Dataran PPKI sebelum bergerak menaiki bas ke Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Seramai 62 orang murid, 12 orang guru dan 4 orang PPM serta beberapa orang ibu bapa terlibat mengikuti program terapi renang ini.
Rombongan murid tiba seawal jam 8.30 pagi di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Setelah bersarapan, semua murid bersedia untuk menjalani terapi dengan penuh semangat. Terapi yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap berani dan menerapkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid PPKI SKTPP. Aktiviti terapi keyakinan diri di air ini dipimpin oleh jurulatih bertauliah daripada Akademi Aquaputra. Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kumpulan guru bimbingan masing-masing.
Jurulatih renang dari Akademi Aquaputra mula mengumpulkan murid dan membuat aktiviti memanaskan badan sebelum turun dan membuat aktiviti seterusnya di dalam kolam.

Murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut
guru dan jurulatih kumpulan masing-masing
Murid membuat aktiviti secara berkumpulan
Murid membuat aktiviti keyakinan diri di air di bawah bimbingan jurulatih Akademi Aquaputra
Aktiviti berkumpulan murid-murid bersama guru bimbingan
Setelah hampir sejam setengah, semua murid bersiap sedia untuk pulang. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada jurulatih yang terlibat dari Akademi Aquaputra. Semoga segala ilmu pengetahuan dan teknik pembelajaran di air dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh murid-murid PPKI dalam meningkatkan keyakinan diri mereka.
Semua murid dan guru bergambar di luar Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
sebelum bertolak pulang ke sekolah.