Friday 25 October 2019

Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2019

Alhamdulillah, 4 siri perkhemahan Agoonoree pengakap telah berjaya diharungi oleh murid-murid istimewa ini sepanjang tahun 2019. Siri terakhir ialah Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (21- 24 Oktober 2019) bertempat di Kem Ulu Pari, Gadong, Rembau, Negeri Sembilan memberi pengalaman manis yang sangat bermakna.

Istimewanya perkhemahan kali ini ialah, ia menghimpunkan murid-murid bekeperluan khas pelbagai kategori dari seluruh Malaysia. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dan pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang perkhemahan ini.

Pengalaman tidur di dalam khemah yang basah kerana hujan lebat pasti akan menjadi kenangan manis buat mereka. Semangat mereka yang sangat kental dan tidak mudah putus asa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang perkhemahan telah melayakkan mereka memperolehi Lencana Emas Agoonoree! Syabas & Tahniah diucapkan kepada:
  1. Munirah Wafiah Bt Zamri
  2. Putri Nurdini Damia Bt Muhammad
  3. Ameera Aqilah Bt Azri Amir
  4. Nurqistina Damia Bt Abdullah
Jom kita tengok coretan Agoonoree Rembau 2019...















Semoga perkhemahan ini memberi pengalaman berharga buat anak-anak istimewa ini untuk belajar mengurus diri dengan baik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka!
#BuatHabisBaik
Salam Pengakap!
Cikgu Yatt Yusof

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...