Apa itu Program Pendidikan Inklusif?
Matlamat Program Pendidikan Inklusif
Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada
MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan
potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka
boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.
Syukur Alhamdulillah, pada 8 Disember 2020 PPKI SKTPP telah dikunjungi oleh fasilitator hebat dalam bidang Pendidikan Khas yang telah menjelaskan dengan lebih mendalam dan secara terperinci mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Holistik ini.
Jutaan terima kasih buat Puan Norhayati Binti Jupri (JU Kebangsaan PPI Holistik), Puan Arba'ayah Binti Hj. Jailani (Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPS) dan Puan Zalifah Binti Reduan (Penolong Pegawai Pendidikan Khas PPD Sepang) yang telah hadir membantu untuk memantapkan pengurusan PPI Holistik di PPKI SKTPP. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang turut sama menjayakan program kunjung bantu ini.
Semoga hasil dapatan kunjung bantu ini dapat meningkatkan pemahaman guru-guru PPKI mengenai PPI ini dengan lebih mendalam dan pelaksanaannya dapat dijayakan dengan lebih baik.
Semoga matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI) Holistik ini akan dapat dicapai dengan jayanya dan potensi anak-anak MBK akan ditingkatkan!