Wednesday, 28 February 2018

Agoonoree Pendidikan Khas Daerah Sepang 2018


Program perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini. Oleh itu, tercetuslah satu program yang diberikan nama:

Tajuk     : Agoonoree Pendidikan Khas 2018 Daerah Sepang
Tarikh    : 28 Februari - 1 Mac 2018
Tempat : Seri Dusun, Lot 961, Jalan Hj. Marmo, Kg. Giching, 43900 Sepang, Selangor.


Matlamat Program :
1.  Menanam semangat kecekalan hati, keyakinan diri, berdisiplin sambil membina kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk  melahirkan generasi wawasan.
2.   Memupuk  kesedaran cintakan alam sekitar dan membiasakan diri dalam segala aktiviti yang mencabar.
3. Melatih dan membimbing semangat setia kawan dan bekerja dalam berkumpulan ”team work” demi membentuk masyarakat yang harmoni pada masa akan datang.
4. Untuk mengukuhkan dasar tegas keperibadian dan individual ”culture” dalam rangka membentuk asas penghidupan di samping memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab. 

Objektif Program 
1.      Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. 
2.   Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.  Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4.   Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
5.  Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
6.  Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

Antara gambar-gambar aktiviti yang telah dirancang sepanjang program berjalan:

Sesi ketibaan:
- Pendaftaran murid dan guru.
- Istiadat menaikkan bendera / Akela
- Taklimat KEM / keselamatan dan pembahagian kumpulan dan khemah.
- Aktiviti memasang khemah.




















Aktiviti 1:
   - Persetiaan Pengakap
   - Cogan Kata & Lencana Pengakap

Aktiviti 2:
- Ikhtiar Hidup (Sandwich) 
- Masak nasi & goreng telur

Aktiviti 3:
- Kembara Muda (Flora Dan Fauna)

Aktiviti 4:
 - Malam Kesenian dan Kebudayaan
 - Cabutan Bertuah. 

     
    
 Aktiviti 5:  
       - Halangan Komando

     Aktiviti 6:
       -  Seni Kain Anduh

     Aktiviti 7:
       - Permainan KIM

Majlis Penutup

1. Nyanyian lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor
3. Nyanyian Lagu Pengakap Malaysia
4. Bacaan doa
5. Lafaz Persetiaan Pengakap oleh adik Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
6. Ucapan Aluan- Tn. Hj Dr. Alias Bin Abd Ghani (Pengerusi Majlis Tempatan Pengakap Sepang
7. Ucapan Perasmian Penutup - En. Zulhaimi Bin Md. Nasir (Penolong PPD Hal Ehwal Murid).



8. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Sekolah kita telah mendapat tempat:

     Pertama (Kumpulan) : Pertandingan Malam Kebudayaan (SR)
     Ketiga (Individu)        : Passport Terbaik (SR) - Perempuan
                                         - Munirah Wafiah Bt Zamri
     Ke-Empat (Individu)  : Passport Terbaik (SR) - Lelaki
                                         - Muhammad Hafiz Bin Suhaimi

















































































































































Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi ruang kepada  para pelajar  pendidikan khas untuk merasai dan mengalami sendiri pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan sebaya sambil mempelajari sesuatu yang baru dan mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah dalam keadaan yang sebenar. 

Sesi bergambar kenang-kenangan :


   

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...