Jamuan Hari Raya & Majlis Sambutan Hari Lahir (Januari - Jun) PPKI telah diadakan pada;
Friday, 12 May 2023
Jamuan Hari Raya dan Majlis Sambutan Hari Lahir
Saturday, 25 March 2023
Ceramah & Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI Kali Pertama Sesi 2023/2024
Tempat : Terminal Muafakat SKTPP
Objektif :
1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi 2023/20242. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan program KPKP.
Atur cara majlis :
8.00 pagi - 12.30 tengah hari
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Sesi ceramah
- Penyampaian cenderamata kepada penceramah
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Ucapan GPK PPKI
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan penyata kewangan 2022/ 2023
- Penyerahan sijil cenderahati kepada AJK Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI 2022/ 2023
- Laporan Penolong Kanan PPKI
- Laporan unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum
- Pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI 2023/ 2024
- Hal-hal lain
Unit Pendidikan Khas SKTPP mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI kali pertama bagi tahun ini. Di samping majlis permuafakatan, turut dianjurkan sebuah ceramah kepada semua guru serta ibu bapa murid PPKI tentang pendedahan dan kesedaran dalam mendepani anak-anak istimewa yang dikendalikan oleh penceramah berwibawa; Puan Mazlifah Mohamad (Guru PPKI SMK Puncak Jalil). Tajuk ceramah yang diberikan oleh Puan Mazlifah ialah 'Kepentingan Terapi' yang cukup sinonim dengan kehidupan guru dan ibu bapa murid PPKI SKTPP.
Sesi ceramah yang berlangsung hampir 1 jam dari 8.30 - 9.30 pagi itu cukup bermakna dengan disulami suasana penuh emosi sehingga menyentuh perasan para hadirin. Puan Mazlifah memberikan banyak input serta pendedahan yang lengkap dan jelas kepada semua hadirin sebagai ilmu bagi mendepani murid-murid pendidikan khas.
Fotografi sepanjang sesi ceramah :-
Naib Pengerusi : Puan Nor Mariani
Setiausaha : Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Naib Setiausaha : Encik Zairuddin bin Mohamad Kelsom
Bendahari : Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
AJK : 1. Encik Fitri & Puan Rohaizan
2. Puan Rahimah binti Ismail
3. Puan Suraya
4. Puan Farhana
Juru Audit : Puan Saliza
Mesyuarat tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat kali ini.
Saturday, 11 February 2023
Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 Bertemakan 'Kenduri Kampung'
Alhamdulillah dan tahniah untuk warga PPKI kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 dengan jayanya.
Majlis ini telah berlangsung pada 11 Februari 2023 (Sabtu) di Dewan Perdana SKTPP pada pukul 11.00 pagi. Objektif diadakan jamuan ini ialah:
1. Menghargai dan memberi keyakinan dalam diri murid dengan mengingati hari lahir mereka serta menghargai usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun
2. Menggalakkan dan merapatkan lagi hubungan murid dengan komuniti masyarakat setempat serta bebas melakukan aktiviti di dalam komuniti yang aman.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, pembantu pengurusan murid dengan ibu bapa dan murid-murid.
Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan mewakili Guru Besar, ucapan YDP PIBG serta Penolong Kanan PPKI. Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang menyeronokkan lagi menghiburkan. Banyak hadiah cabutan bertuah disediakan yang menceriakan para hadirin. Murid-murid serta ahli keluarga dan tetamu sporting berpakaian tema kampung termasuklah guru-guru, PPM dan para pentadbir. Tahniah kepada para penerima hadiah serta pemenang pakaian tema terbaik. Majlis berjalan lancar hinggalah selesai pada pukul 2.00 petang.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
Tuesday, 10 January 2023
Aktiviti Psikomotor Boling di Bangi Gateway
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 2 November 2022 yang lalu bersamaan hari Rabu, murid-murid PPKI SKTPP telah berpeluang untuk mengikuti Terapi Boling di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Seramai 80 orang peserta termasuk murid, guru, ppm dan ibu bapa mengikuti aktiviti hari ini.
Sebelum terapi psikomotor ini dimulakan, Cikgu Dzarfan telah membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
Jamuan Hari Raya dan Majlis Sambutan Hari Lahir
Jamuan Hari Raya & Majlis Sambutan Hari Lahir (Januari - Jun) PPKI telah diadakan pada; Tarikh : 12 Mei 2023 Hari : Jumaat Masa : ...

-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...
-
Tarikh : 11 Januari 2020 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Objektif : 1. Membincangkan ...
-
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2021! Alhamdulillah, setelah sekian lama belajar secara PdPR secara online di rumah dek kerana pandemik Covi...