Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertarikh 14.10.2023 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap PPKI bagi sesi 2023. Walaupun perkhemahan hanya berlangsung selama sehari, namun, pelbagai aktiviti dan program bermanfaat telah dirangka untuk sepanjang hari.
Seawal 730 pagi, murid hadir untuk pendaftaran. Murid bersarapan sebelum memulakan aktiviti. Dimulai dengan aktiviti senamaerobik dan sukaneka.
Aktiviti diteruskan dengan Kawad 10 langkah. Aktiviti ini membantu menambahbaik koordinasi tangan dan kaki. Sebahagian besar murid khas menghadapi masalah koordinasi.
Pada akhir aktiviti, penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan oleh para pentadbir. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menyertai perkhemahan.
Moga pada tahun mendatang, aktiviti yang lebih menarik dapat dirangka
No comments:
Post a Comment