Objektif program antaranya;
1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2017.
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI,Pembantu Pengurusan Murid (PPM), PIBG dan ibu bapa.
4. Mewujudkan kerjasama antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan program PPKI.
Aturcara Program
8.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi
9.00 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan GPK PPKI
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Tayangan video aktiviti PPKI sepanjang 2016
- Pengesahan minit mesyuarat lalu
- Pembentangan penyata kewangan 2016
- Pemilihan AJK Pemuafakatan Ibu Bapa PPKI 2017
- Sesi suai kenal guru-guru dan PPM PPKI
- Laporan dari unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
- Hal-hal lain
12 tgh hari - Bersurai
Buku Program |
Pendaftaran |
Jamuan sarapan pagi |
Gambar semasa mesyuarat berlansung
Kehadiran Ibu Bapa pada tahun ini kurang memberangsangkan. Diharap pada perjumpaan ibu bapa akan datang akan ada peningkatan jumlah kehadiran ibu bapa. Kerjasama ibu bapa amat penting bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Pada perjumpaan inilah ibu bapa, guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) dapat bersama-sama berbincang tentang keperluan, aktiviti dan masalah anak-anak istimewa.