Thursday, 24 August 2017

Aktiviti Bulan Kebangsaan PPKI 2017

Murid PPKI tidak terkecuali menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan.  Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat cinta akan negara, menyemai semangat 1Malaysia serta menerapkan nilai-nilai murni seperti berdisiplin, bekerjasama dan lain-lain.  

 Antara paparan sepanjang aktiviti berlangsung....





Aktiviti menghasilkan bendera melalui keratan akhbar dan melukis gambar yang berkaitan kemerdekaan 






Aktiviti karaoke mengikut kelas. Murid menyanyi lagu berkaitan hari kemerdekaan










Aktiviti peragaan pakaian beragam. Usaha ibu bapa menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan tema kemerdekaan pada anak masing-masing amat dipuji. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi kerjasama menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

Program-program ini diharap dapat memberi pendedahan secara langsung dan tidak langsung tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.

Tuesday, 15 August 2017

Mesyuarat Guru PPKI kali ke-3 2017

Tarikh     :  15 Ogos 2017
Hari         :  Selasa
Masa       :  12.30 -3.30 petang
Tempat   :  Kelas Archery PPKI

Terima kasih kepada Pn. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kerana turut serta bermesyuarat bersama kami sehingga mesyuarat berakhir. 

Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara, permasalahan yang ditimbulkan serta program-program yang dirancang demi anak-anak istimewa. Terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan terhadap program-program yang telah dirancang.

Semoga kerjasama dan permuafakatan yang terjalin di antara pentadbir, guru-guru di arus perdana, guru-guru PPKI serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan meningkatkan prestasi dan menjamin kebajikan anak-anak murid PPKI Insya Allah.



Tempat wuduk

Diucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SK Taman Putra Perdana serta para ibubapa yang sudi menyumbang kos pembinaan tempat wuduk PPKI ini bagi memudahkan murid-murid muslim PPKI mengambil wuduk. Sesungguhnya sumbangan ini amat bermakna dan sangat berharga buat anak-anak murid PPKI kami. Semoga dimurahkan rezeki tuan / puan dan diberkati Allah hendaknya...


Wednesday, 2 August 2017

Program Pendidikan Alam Semulajadi

Tarikh: 2 Ogos 2017
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM:  5 guru,  2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang


Murid-murid PPKI dari SK Taman Putra Perdana  dijemput buat kali kedua bagi menyertai program anjuran Fakulti Perhutanan dari UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.

Matlamat program adalah:

·    ☆ Membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran

·     ☆ Membentuk sekolah-sekolah di PPKI Daerah Sepang menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah lain di Selangor

·      ☆Membentuk jaringan dalam kalangan sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam semula jadi

Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:-

1. Aktiviti ‘Pecah bendung’ -
Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing bagi melakukan aktiviti ini. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah untuk memberi persediaan dan keyakinan murid terhadap persekitaran hutan di sekeliling mereka.

2. Aktiviti Keunikan Hutan kepada kita -
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti di setiap stesen mengikut modul yang disediakan. Murid-murid akan dibantu oleh fasilitator dari kalangan pelajar UPM

             Stesen 1 : Hutan dan Udara
        Stesen 2 : Hutan dan Air
        Stesen 3 : Hutan dan Hakisan
       Stesen 4 : Hutan dan Muzik
       Stesen 5 : Hutan dan Deria



Aktiviti Pecah Bendung



























Terima kasih... Jumpa lagi...

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...