Tuesday 28 January 2020

Majlis Perpisahan Cikgu Roslina dan Cikgu Afiq

Tarikh: 17 Januari 2020
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 11.50 pagi
Tempat: Dataran Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP)

Pada hari Jumaat 17 Januari 2020 bertempat di Dataran KPKP telah berlangsung satu majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan pertukaran tempat bertugas cikgu Roslina dan cikgu Afiq ke SK Taman Putra Perdana 2. Pertukaran cikgu Roslina dan cikgu Afiq ke Sk Taman Putra Perdana 2 adalah demi memenuhi tuntutan tugas dimana khidmat bakti mereka diperlukan bagi membuka Program Pendidikan Khas yang baru di sekolah berkenaan. Majlis perpisahan yang diadakan ini turut mendapat kerjasama dari Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP. Pelbagai menu yang menarik telah disediakan hasil kerjasama semua guru dan juga ibu bapa KPKP yang turut menyumbang pelbagai juadah makanan pada hari majlis berlangsung. Pada majlis tersebut juga cikgu Roslina dan cikgu Afiq turut menerima pelbagai hadiah dan cenderahati samaada dari pihak guru-guru KPKP, KKGK SKTPP dan juga murid-murid sebagai tanda terima kasih di atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan kerjasama cikgu Roslina dan cikgu Afiq yang selama ini bertungkus lumus mencurahkan khidmat bakti ketika berada di SK Taman Putra Perdana. 

Gambar kenangan di sekitar majlis perpisahan cikgu Roslina dan cikgu Afiq


Ucapan perpisahan dari cikgu Afiq

Ucapan perpisahan dari cikgu Roslina

Cikgu Roslina dan cikgu Afiq bergambar bersama pada majlis tersebut

Cikgu Roslina dan cikgu Afiq bergambar bersama GPK KPKP Pn. Nurhamizah binti Hamzah

Antara tetamu jemputan yang hadir pada majlis perpisahan tersebut

Antara menu dan juadah yang disediakan pada majlis tersebut

murid-murid sedang menjamu selera

Bergambar kenangan bersama semua guru KPKP


 Selamat bertugas di SK Taman Putra Perdana 2 dan selamat maju jaya diucapkan pada cikgu Roslina dan cikgu Afiq. Semoga cikgu Roslina dan cikgu Afiq dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh  dedikasi. Majlis bersurai pada pukul 11.50 pagi.





Wednesday 22 January 2020

Bengkel Membuat Bebola ’Dorodango' Daripada Tanah Liat

Tarikh : 22 Januari 2020
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Laman Muhibah PPKI SKTPP 

Salam dan selamat sejahtera

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan bengkel membuat bebola 'Dorodango' yang bermaksud bulatan atau bola yang diperbuat daripada tanah liat. Bengkel yang diadakan ini adalah hasil kerjasama yang terjalin diantara Program PPKI SKTPP dan Syarikat N.S Vision Marketing SDN BHD. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tetamu jemputan iaitu Mr. Naoiki Nakamura dan Mr. Akira Yoshimi yang juga merupakan kakitangan daripada Syarikat N.S Vision Marketing SDN BHD. Antara objektif bengkel  membuat bebola 'Dorodango' ini diadakan adalah bertujuan untuk:
  • Meningkatkan tahap tumpuan
  • Meningkatkan tahap keyakinan dalam diri 
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi
  • Meningkatkan kemahiran psikomotor halus
Atur cara bengkel membuat bebola 'Dorodango' dari Tanah Liat seawal jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi:

- Murid berkumpul / pembahagian murid
- Ucapan alu - aluan oleh pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas PPKI
- Penerangan tentang bebola 'Dorodango'
- Demonstrasi cara membuat bebola 'Dorodango'
- Aktiviti murid membuat bebola 'Dorodango'
- Sesi soal jawab bersama Mr. Naoiki Nakamura dan Mr. Akira Yoshimi

Gambar-gambar sepanjang bengkel  berlangsung:



Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Pn. Arny Yusnita


 Ucapan dan penerangan tentang bebola 'Dorodango' oleh Mr Naoiki Nakamura dan Akira Yoshimi



Tunjuk cara membuat bebola 'Dorodango' oleh Mr. Naoiki Nakamura

  

Pembahagian mengikut kumpulan

      

   


Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat bebola ' Dorodango'




 







Murid - murid sedang membuat bebola 'Dorodango'



Murid - murid menulis nama dan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda penyertaan mereka pada bengkel 'Dorodango' yang telah dihadiri.


Semua murid dan guru bergambar bersama penceramah jemputan.



Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Mr. Naoiki Nakamura


Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Mr. Akira Yoshimi

Semua peserta bengkel membuat bebola 'Dorodango' ini kelihatan teruja dan sangat gembira semasa bengkel ini dijalankan. Mereka menunjukkan minat yang mendalam dan mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan bebola 'Dorodango' masing - masing dengan baik. Semua peserta menikmati jamuan makan dan majlis bersurai pada pukul 11.00 pagi.



  












Saturday 11 January 2020

Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) 2020

Tarikh  : 11 Januari 2020 (Sabtu)
Masa    : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Terminal Muafakat SKTPP

Objektif :
1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2020.
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid KPKP.
3. Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru KPKP dan ibu bapa dalam melaksanakan program KPKP.
4. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru KPKP, PIBG dan ibu bapa.

Atur Cara Majlis : 
8.00 pagi. - 12.30 tengah hari

- Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Ucapan GPK KPKP
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan penyata kewangan 2019
- Penyerahan sijil cenderahati kepada AJK Permuafakatan Ibu Bapa KPKP 2019
- Laporan Penolong Kanan KPKP
- Laporan unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum
- Pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa KPKP 2020
- Hal-hal lain
- Bersurai

Gambar sepanjang mesyuarat berlangsung :



Buku Program

    
Pendaftaran Ibu Bapa


Ucapan YDP PIBG

Ucapan Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas SKTPP, Pn. Norhamizah Binti Hamzah.

Pembentangan Penyata Kewangan 2019 oleh Ustazah Maizan Binti Abdullah.



Penyerahan sijil cenderahati kepada AJK Permuafakatan Ibu Bapa KPKP 2019.

Laporan dari unit kurikulum KPKP oleh Cikgu Norfauziaton Binti Ali Mohamed.

Laporan dari unit Hal Ehwal Murid disampaikan oleh Cikgu Srimahathevan A/L Vadivelu.

Laporan dari unit Kokurikulum oleh Cikgu Noor Hayati Binti Yusof.

Pembentangan memo perhubungan oleh Pn. Roslina Binti Jafar.

Keputusan pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa & Guru KPKP 2020 :

Pengerusi : En. Wan Abdul Aziz Bin Wan Omar
Naib Pengerusi : Pn. Haslina Binti Husin
Setiausaha : En. Srimahathevan A/L Vadivelu
Naib Setiausaha : Cik. Maizan Binti Abdullah
Bendahari : Pn. Roslina Binti Jafar
AJK : 1. Pn. Siti Faezah Binti Ahmad
           2. En. Kamarul Badlishah Bin Kamarulzaman
           3. Pn. Faridatul Akmal Binti Ismail
           4. Pn. Shaheila Binti Salleh
Juruaudit : Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed (Guru)
                     Pn. Sarimah Binti Sehak


Mesyuarat tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa yang menggalakkan di dalam mesyuarat kali ini.









Friday 10 January 2020

Bengkel Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Dalam Talian "Online"

Tarikh       : 10 Januari 2020
Masa         :  2.30 petang
Tempat     :  Makmal Komputer SK Taman Putra Perdana
Program   :  Bengkel @ LADAP SpeedRPH secara "Online"


Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana mengadakan bengkel untuk memberikan penerangan tentang penulisan RPH dalam talian. Bengkel ini dikendalikan oleh tetamu jemputan iaitu Encik Muhamad Azizi Bin Jazmi seorang guru pendidikan khas dari SK Bandar Rinching. Beliau merupakan seorang pencipta dan penggubal sistem SpeedRPH secara "Online" dan "Offline" serta ia kini diguna pakai ramai guru pendidikan khas seluruh Malaysia. Bengkel ini turut mendapat sambutan dan disertai oleh guru-guru pendidikan khas dari seluruh Daerah Sepang.



Gambar-gambar sepanjang bengkel...

Penceramah En. Muhamad Azizi

Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir


                                                        

Penyampaian cenderamata kepada penceramah
Sebahagian guru yang menyertai bengkel

                                     
Bengkel tamat pada pukul 5.00 petang.


Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...