Tarikh : 22 Januari 2020
Hari : Rabu
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Laman Muhibah PPKI SKTPP
Salam dan selamat sejahtera
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan bengkel membuat bebola 'Dorodango' yang bermaksud bulatan atau bola yang diperbuat daripada tanah liat. Bengkel yang diadakan ini adalah hasil kerjasama yang terjalin diantara Program PPKI SKTPP dan Syarikat N.S Vision Marketing SDN BHD. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tetamu jemputan iaitu Mr. Naoiki Nakamura dan Mr. Akira Yoshimi yang juga merupakan kakitangan daripada Syarikat N.S Vision Marketing SDN BHD. Antara objektif bengkel membuat bebola 'Dorodango' ini diadakan adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan tahap tumpuan
- Meningkatkan tahap keyakinan dalam diri
- Meningkatkan kemahiran komunikasi
- Meningkatkan kemahiran psikomotor halus
Atur cara bengkel membuat bebola 'Dorodango' dari Tanah Liat seawal jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi:
- Murid berkumpul / pembahagian murid
- Ucapan alu - aluan oleh pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar SKTPP
- Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas PPKI
- Penerangan tentang bebola 'Dorodango'
- Demonstrasi cara membuat bebola 'Dorodango'
- Aktiviti murid membuat bebola 'Dorodango'
- Sesi soal jawab bersama Mr. Naoiki Nakamura dan Mr. Akira Yoshimi
Gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung:
Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis Pn. Arny Yusnita
Ucapan dan penerangan tentang bebola 'Dorodango' oleh Mr Naoiki Nakamura dan Akira Yoshimi
Tunjuk cara membuat bebola 'Dorodango' oleh Mr. Naoiki Nakamura
Pembahagian mengikut kumpulan
Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat bebola ' Dorodango'
Murid - murid sedang membuat bebola 'Dorodango'
Murid - murid menulis nama dan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda penyertaan mereka pada bengkel 'Dorodango' yang telah dihadiri.
Semua murid dan guru bergambar bersama penceramah jemputan.
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Mr. Naoiki Nakamura
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Mr. Akira Yoshimi
Semua peserta bengkel membuat bebola 'Dorodango' ini kelihatan teruja dan sangat gembira semasa bengkel ini dijalankan. Mereka menunjukkan minat yang mendalam dan mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan bebola 'Dorodango' masing - masing dengan baik. Semua peserta menikmati jamuan makan dan majlis bersurai pada pukul 11.00 pagi.
No comments:
Post a Comment