PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI
Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas. Projek yang dilaksanakan ini disertai oleh semua guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid dan juga murid-murid PPKI sendiri.
Dalam pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan cara-cara untuk membina tapak refleksologi daripada peringkat mula sehingga akhir. Murid pada mulanya, ditunjukkan demonstrasi oleh guru berkaitan bagaimana cara untuk membancuh simen. Setelah selesai membancuh simen, guru bertanggungjawab menunjukkan terlebih dahulu demonstrasi bagaimana untuk melakukan tapak refleksologi ini. Langkah pertama adalah, letakkan bingkai tapak yang telah disediakan di atas permukaan rata dan dialas oleh alas yang tidak mudah koyak seperti plastik atau kotak. Kemudian letakkan sedikit simen ke dalam bingkai tersebut dan ratakan ke seluruh bingkai. Setelah itu, letakkan dawai yang telah dipotong mengikut ukuran bingkai di atas simen tersebut sebagai cerucuk untuk memegang simen agar tidak mudah pecah apabila sudah kering. Kemudian masukkan simen ke dalam bingkai sehingga penuh dan ratakan permukaan agar nampak kemas. setelah selesai membina tapak, guru bertanggunjawab kemudian membuat demonstrasi bagaimana meletakkan batu-batu refleksologi di atas permukaan simen tersebut. Batu-batu yang diletak haruslah membentuk nombor yang mana batu berwarna putih membentuk nombor dan batu warna hitam sebagai hiasan sekelilingnya.
Setelah selesai melihat demonstrasi, murid kemudian dibahagikan kepada kumpulan untuk aktiviti amali dan melakukan sendiri apa yang telah perhatikan. Hasil yang telah siap kemudiannya akan diletakkan di bilik PPKI sebagai keceriaan dan kegunaan urutan refleksologi.
|
proses membuat bingkai bagi tapak refleksologi |
|
demonstrasi cara membancuh simen oleh guru |
|
murid mencuba sendiri cara membuat bancuhan simen |
|
demonstrasi memasukkan simen ke dalam bingkai |
|
demonstrasi meletakkan batu refleksologi di atas tapak yang telah disemen |
|
aktiviti amali yang dilaksanakan murid disamping guru sebagai fasilitator |
|
antara hasil kerja yang telah siap dibuat. |
|
hasil kerja yang telah siap dijemur untuk dikeringkan |
|
Hasil kerja yang telah siap dicat menggunakan acrylic clear untuk memastikan simen tidak mudah rosak. |
Laporan disediakan oleh Aziz Azwan Bin Karim ( Guru Praktikum PPKI)
assalamualaikum. maaf saya ingin bertanya. apa nisbah bancuhan yang digunakan dalam membuat acuan simen tapak refleksologi. harap tuan dapat membantu.
ReplyDelete