Tuesday 9 July 2013

AKTIVITI ASAS BERKEBUN

Khamis, 4 Julai - Mengikut rancangan pelajaran Kemahiran Hidup, murid-murid PPKI didedahkan dengan aktiviti asas berkebun pada hari ini. Semua murid telah diberi pendedahan awal tentang alatan yang digunakan untuk aktiviti berkebun. Tujuan aktiviti ini dijalankan supaya murid-murid dapat mempelajari asas ilmu berkaitan aktiviti berkebun dan sekaligus tahu mengendalikan alatan yang digunakan semasa berkebun. Di samping itu, matlamat aktiviti ini juga sebagai panduan kepada murid dalam bidang usahawan yang berkaitan pertanian.

Murid dibahagi mengikut kumpulan

Murid mempelajari cara menggunakan alatan

Guru menyediakan tapak untuk aktiviti berkebun

Aktiviti menggembur tanah 


No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...