Friday 18 September 2015

Program Kem Bestari Solat (KBS) 2015

Jumaat, 18 Sept. - PPKI SK Taman Putra Perdana telah mengadakan aktiviti Kem Bestari Solat Fasa Pertama di bawah program Panitia Agama Islam. Ia melibatkan semua guru PPKI yang beragama Islam dan murid PPKI yang beragama Islam. Buat pertama kalinya aktiviti ini diadakan dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak murid dan ibubapa.
Tujuan utama diadakan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada murid tentang ibadah solat yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan rukun Islam yang lima. Murid sekurang-kurangnya boleh melakukan aktiviti wuduk yang wajib dan perlakuan solat yang betul.

Atur cara program :

Masa :
7.30 - 8.00 pagi :  Pengurusan diri
8.00 - 8.15 pagi :  Pembahagian Kumpulan
8.15 - 9.00 pagi :  Taklimat wuduk ( Niat, Anggota wuduk )
9.00 - 10.00 pagi :  LDK 1 (Amali Wuduk)
10.00 - 10.20 pagi : Rehat
10.30 - 11.00 pagi : Taklimat amali solat Niat solat, Takbiratul Ihram, Bacaan Al-Fatihah)
11.00 - 11.50 pagi : Amali solat

Berikut antara gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan:


Murid mendengar penerangan guru tentang wuduk
LDK Amali wuduk
Simulasi wuduk oleh ustaz dan guru
Murid melakukan amali wuduk dengan bimbingan ustaz dan guru

Amali Solat diketuai oleh Adik Hafiz menjadi imam

Murid mempraktikkan amali solat dengan baik dengan bimbingan guru

Thursday 3 September 2015

Terapi Pasir di Bagan Lalang

Rabu, 3 September - PPKI SK Taman Putra Perdana menjalankan aktiviti terapi pasir di Bagan Lalang. Aktiviti ini disertai oleh  28 orang termasuk guru, murid dan pembantu pengurusan murid.  Tujuan terapi ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan murid. Selain itu, terapi pasir membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat  merangsang pemikiran murid  serta mengurangkan tekanan emosi. Ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain daripada itu, dengan melaksanakan terapi ini secara tidak langsung  membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.

Sarapan pagi sebelum bertolak.



Melakukan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti terapi


Permainan kecil
 a) pingpong dalam sudu
 b) isi pasir dalam botol



Terapi pasir





Makan tengah hari di KFC






Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...