Wednesday 31 July 2019

Lawatan Ke Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Sepang 2019 DI SMK PUTRA PERDANA

Pada 31 Julai 2019, PPKI SKTPP dijemput hadir untuk memeriahkan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Sepang yang diadakan di SMK Putra Perdana. Terdapat pelbagai jenis pameran dan jualan yang diadakan di sana. Antaranya ialah jualan hasil tanaman oleh pelajar PPKI SMKPP, makanan dan minuman, kraf tangan dan perabot serta pertandingan yang dianjurkan oleh SMKPP. 

Dua orang murid PPKI sekolah kita telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Membuat Sandwic untuk murid sekolah rendah. Murid yang terlibat ialah Muhammad Adam Izzuddin dari kelas Cricket dan Mohammad Amin dari kelas Aquatics. Mereka dibimbing dan dilatih oleh dua orang guru PPKI sekolah kita iaitu Cikgu Norfauziaton dan Ustazah Maizan. Berkat usaha dan kerajinan murid serta bimbingan para guru, sekolah kita telah memperoleh kejayaan dengan memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan!














Friday 26 July 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid PPKI Bulan Januari Hingga Julai 2019

Pada 26 Julai 2019, PPKI SKTPP telah mengadakan majlis Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Januari hingga Julai. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah dan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan CEO syarikat dari Jepun iaitu Encik Nakamura yang telah memberikan banyak sumbangan kepada PPKI sekolah kita. Untuk makluman, CEO syarikat ini merupakan majikan kepada ibu murid PPKI kita iaitu Muhammad Najmuddin dari kelas Squash. 

   Murid-murid dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang lazat yang telah disediakan oleh ibu bapa dan juga pihak PPKI SKTPP. Murid-murid yang dirai diberi hadiah serta cenderahati serta kek yang telah disumbangkan oleh ibu bapa. 

   Para tetamu yang hadir juga disajikan persembahan nyanyian dan tarian oleh murid PPKI. Kami berasa sangat terharu apabila melihat CEO syarikat tersebut menangis kerana tersentuh dengan persembahan yang telah disaksikan beliau. Beliau juga turut membuat ucapan dan memaklumkan bahawa pada masa akan datang, beliau berbesar hati untuk membantu dan memberi sumbangan lagi kepada PPKI sekolah kita. 

   Kami berasa amat bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu dalam menjayakan majlis ini serta prihatin dalam perkembangan murid-murid PPKI SKTPP supaya lebih maju ke hadapan. Terima kasih Encik Nakamura!




















Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...