Wednesday 30 November 2022

Sambutan Hari Lahir Julai - Disember 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Bertarikh 30 November 2022 bersamaan hari Rabu, telah berlangsungnya Sambutan Hari Lahir kali ke dua bagi anak - anak khas yang dilahirkan pada bulan Julai hingga Disember.


Walaupun perancangan berlaku dalam masa yang singkat, namun kemeriahan masih terasa. Bertemakan "Football Fever" bersempena World Cup yang sedang rancak berlangsung, murid serta warga ppki hadir dengan memakai jersi. kemeriahan jelas ketara dengan warna warni jersi yang dipakai.

Puan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali berkesempatan untuk turut hadir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada anak - anak khas.






Alhamdulilah, rezeki anak - anak khas, pelbagai menu secara "potluck" yang dibekalkan oleh ibu  bapa. Murid turut dibekalkan dengan "Happy Meal" daripada Mcdonald.







Dalam kesederhanaan, kegembiraan terselah di riak wajah setiap murid.


Wednesday 23 November 2022

Program Pendidikan Alam Semulajadi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) 2022

Program Pendidikan Alam Semulajadi 
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) 
Sekolah Rendah Tahun 2022


Tarikh: 23 November 2022 
Tempat: eDU-PARK Universiti Putra Malaysia
Anjuran: Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Putra Science Park

Pendahuluan

Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam semulajadi adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. oleh yang demikian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Alam Semulajadi untuk murid-murid sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) ini yang direka bentuk khas.

Tujuan

Tujuan aktiviti ini, adalag untuk mendeddahkan murid-murid PPKI kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri. ia juga diharap sebagai suatu bentuk terapi di mana murid-murid kelainan upaya ini memperoleh pengalaman melakukan aktiviti pembelajaran di suasana hutan yang damai.

Alhamdulillah, seramai 7 orang murid PPKI SKTPP dan 2 orang guru pengiring (Cikgu Yatt dan Cikgu Iman) diberi peluang untuk menyertai program ini. Murid-murid sangat teruja  melakukan  aktiviti yang telah dirancang oleh pihak UPM dan mendapat pengalaman berharga. Antara aktiviti yang telah dilakukan oleh murid ialah:

  • Memberi makan kuda
  • Berinteraksi dengan kuda (petting)
  • Demonstrasi 'Horse Grooming'
  • Mengenali lebah kelulut
  • Belajar cara tanaman sayur dan pokok buah
  • Memberi ikan makan
  • Aktiviti 'Hand Print'
Jom kita tengok gambar-gambar dam video best sepanjang program ini.





















Terima kasih UPM atas layanan baik dan penganjuran program yang sangat bermanfaat dan terbaik ini. Semoga anak-anak PPKI dapat belajar sesuatu yang bermakna dan seronok meneroka ilmu baru. 

TERIMA KASIH DAUN KELADI..SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI!


Disediakan oleh:
Cikgu Yatt



Friday 21 October 2022

Majlis Sambutan Hari Kanak Kanak PPKI SK Taman Putra Perdana Sesi 2022

Majlis Sambutan Hari Kanak – Kanak PPKI SK Taman Putra Perdana Sesi 2022 telah diadakan pada Jumaat, 21 Oktober 2022 dengan tema “Pakaian Beragam Cita – Cita Saya”.

 

Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali diiringi Guru Penyelaras PPKI SK Taman Putra Perdana, Pn. Noor Hayati bt Yusof.

 

Antara objektif penganjuran Majlis Sambutan Hari Kanak – Kanak adalah untuk meraikan dan menghargai kanak – kanak disamping memberi kesedaran terhadap isu, hak, masa depan, perlindungan serta kebajikan kanak – kanak.

 

Majlis Sambutan Hari Kanak – Kanak juga merupakan salah satu medan mencungkil bakat kanak – kanak bagi meningkatkan perkembangan kanak – kanak secara holistic dari segi rohani, jasmani, fizikal dan mental melalui program – prigram yang telah diaitur oleh pihak penganjur. 

 

Berikut adalah merupakan foto – foto sepanjang Majlis Sambutan Hari Kanak – Kanak PPKI SK Taman Putra Perdana Sesi 2022.



 Majlis disempurnakan oleh Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana (sebelah kanan) diiringi Pn. Noor Hayati bt Yusof, Guru Penyelaras PPKI SK Taman Putra Perdana (sebelah kiri)


     
Kek Majlis Sambutan Hari Kanak - Kanak PPKI SKTPP Sesi 2022 





Adam Alfi (kiri) dan Dani Dini (kanan) sebagai abang bomba 



Abid Aqmar selaku imam besar 






Joshua sebagai arkitek  




Dari kiri: Abu Zar, Dhani Adha dan Afiq Aqif sepakat menjaga keamanan 

Malik the musician 


Dari kiri: Wan Sarah, Ainnur Nadhirah, Izzul Hadi dan Alya Nisaa sepakat bertempur di dapur   
 


Dari kiri: Auni Qaseh, Anis Sumayyah dan Wan Haikal sepakat menggapai awan 





Dari kiri: Elman Rayyan, Emir Ziqri, Amjad dan Musab sepakat memilih kerjaya barisan hadapan


 


Dari kiri: Ara Qayla, Shah Adel, El Madeena, Azmina dan Wan Khadeejah sepakat di bidang perubatan 



Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua: 

  • barisan pentadbir 
  • guru PPKI 
  • PPM 
  • ibu, bapa, penjaga dan 
  • murid PPKI 
atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Kanak - Kanak PPKI SKTPP Sesi 2022. 

Saturday 24 September 2022

Hari Jalinan Mesra PPKI 1/2022

 

Tarikh: 23 September 2022

Hari: Jumaat

Masa : 7.30 - 11.20 pagi

Tempat : Kelas PPKI

 

Pada 23 September 2022, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga mengadakan Hari Jalinan Mesra siri 1/2022 bertempat di kelas masing-masing bermula 7.30 pagi.  Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada anak didik istimewa SKTPP yang berjaya meningkatkan prestasi dan penguasaan mata pelajaran. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada anak dan pihak sekolah.

 

Latar Belakang Hari Jalinan Mesra

 

Ibu bapa atau penjaga dan guru harus menjalinkan kerjasama yang erat demi mencungkil dan memperkukuhkan potensi diri pelajar agar melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini sekaligus bertujuan mempersiapkan generasi pelapis kepada persekitaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

 

Objektif

 

Memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru berkaitan potensi dan perkembangan anak-anak berkaitan isu pembelajaran atau isu-isu berbangkit.

 

Coretan sepanjang berlangsungnya program 

 

Guru Kelas Archery En. Srimahathevan bersama salah seorang waris murid

Guru Kelas Bowling En. Zairuddin di bantu oleh Pn. Shahrul bersama waris murid

Guru Kelas Cricket Pn. Noor Hayati bersama salah seorang waris murid

Guru Kelas Petanque En. Dzarfan digantikan oleh Pn. Norfauziaton bersama waris murid

Guru Kelas Squash Pn. Rafidah bersama salah seorang waris murid

Guru Kelas Soccer Pn. Nurhayati bersama waris murid

Kehadiran waris murid di ruangan menunggu

 

Disediakan oleh : Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin

Thursday 15 September 2022

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia, Panitia Sejarah dan Unit Kokurikulum SKTPP telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti. PPKI SKTPP juga tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti bagi anak-anak PPKI.

Bertarikh 13 September 2022, telah berlangsungnya aktiviti yang dirangka.

Bagi Tahap 1, murid dibekalkan dengan poster bertemakan Keluarga Malaysia. Murid perlulah mewarna poster sehabis baik untuk memenangi hadiah






Bagi Tahap 2 pula, murid ditayangkan sedutan cerita "Bukit Kepong" dan pelbagai sedutan sejarah perjuangan dalam mendapatkan kemerdekaan. Kelihatan murid begitu teruja dan bersemangat menonton tayangan tersebut. Hasil tayangan tersebut, murid perlu menjawab kuiz.



Penyampaian hadiah berlangsung pada hari penutupan program iaitu pada 15 September 2022. Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya.






Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...