Program Pendidikan Alam Semulajadi
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI)
Sekolah Rendah Tahun 2022
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI)
Sekolah Rendah Tahun 2022
Tarikh: 23 November 2022
Tempat: eDU-PARK Universiti Putra Malaysia
Anjuran: Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Putra Science Park
Pendahuluan
Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam semulajadi adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. oleh yang demikian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Alam Semulajadi untuk murid-murid sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPAS-PPKI) ini yang direka bentuk khas.
Tujuan
Tujuan aktiviti ini, adalag untuk mendeddahkan murid-murid PPKI kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri. ia juga diharap sebagai suatu bentuk terapi di mana murid-murid kelainan upaya ini memperoleh pengalaman melakukan aktiviti pembelajaran di suasana hutan yang damai.
Alhamdulillah, seramai 7 orang murid PPKI SKTPP dan 2 orang guru pengiring (Cikgu Yatt dan Cikgu Iman) diberi peluang untuk menyertai program ini. Murid-murid sangat teruja melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak UPM dan mendapat pengalaman berharga. Antara aktiviti yang telah dilakukan oleh murid ialah:
- Memberi makan kuda
- Berinteraksi dengan kuda (petting)
- Demonstrasi 'Horse Grooming'
- Mengenali lebah kelulut
- Belajar cara tanaman sayur dan pokok buah
- Memberi ikan makan
- Aktiviti 'Hand Print'
Jom kita tengok gambar-gambar dam video best sepanjang program ini.
TERIMA KASIH DAUN KELADI..SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI!
Cikgu Yatt
No comments:
Post a Comment