En. Norazlan bin Ahmad Kanal Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Sepang bersama Pn. Munirah dan Datin Haslinda menyantuni adik Malik Rifaie bin Junizam yang berjaya menjadi Johan Pertandingan Tiktok Challenge Kategori Murid PPKI sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2021. Terima kasih sudi turun ke sekolah untuk menyampaikan sendiri hadiah dan sijil yang dimenangi. Alhamdulillah tahniah buat adik Malik Rifaie & ibu bapanya! Semoga bakat bermain piano yang ada pada adik Malik akan terus berkembang dan menjadi kebanggaan keluarga serta sekolah.. Syabas Malik!🌹
Friday, 12 November 2021
Friday, 29 October 2021
Kem Bestari Solat Dalam Norma Baharu Bagi Murid PPKI Tahun 2021
Tarikh : 29 Oktober
2021
Hari :
Jumaat
Tempat : Kelas PPKI &
Surau Raudatul Ilmi SKTPP
Tema : ''Solat Pemangkin Kecemerlangan Ummah''.
Pendahuluan
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti kokurikulum bagi murid PPKI. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dalam kalangan murid. Pelaksanaan seawal umur 7 - 12 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Meskipun berlakunya pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah pelaksanaannya.
Matlamat
Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi
memastikan semua murid PPKI mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah
solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu
pengetahuan dan penghayatan solat.
Objektif
1) Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2) Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan
lancar.
3) Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
4) Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang
wajib dalam kehidupan harian
5) Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat
secara bersendirian ataupun berjemaah.
Disini, disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan untuk tatapan murid-murid:
Penutup
Program yang dirancang ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kem Bestari Solat adalah sebahagian program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid pendidikan khas untuk meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintah oleh Allah swt. Semoga kem yang dirancang ini memberi manfaat kepada semua murid PPKI.
Thursday, 21 October 2021
Program Minggu Matematik PPKI
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program ini diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik terutamanya dalam menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan bertemakan ''Math Is Fun''. Program ini telah berjalan serentak dengan program Minggu Matematik di aliran perdana.
Nama-nama guru penyelaras dan poster-poster tentang acara dan pertandingan bagi Program Minggu Matematik PPKI adalah seperti di bawah :
Tarikh : 22.9.2021 (Rabu)
Medium : Google Meet
Sasaran : Semua murid
Murid diberikan tempoh
masa selama 5 hari menyiapkan projek dan tarikh akhir serahan projek ialah pada
27.9.2021(Isnin).
Kelas | Aktiviti | Nama Guru Penyelaras |
1 Bowling & 1 Archery |
Tayangan Visual Projek Jari Tangan Nombor |
Pn. Nurul Iman Binti Illyas |
2 Cricket & 3 Petanque |
Tayangan Visual Projek Buku Skrap (Dompet Saya) |
En. Srimahathevan a/l Vadivelu |
4 Squash & 5 Soccer |
Tayangan Visual Projek Buku Skrap (Botol Sifir) |
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed |
Berikut merupakan aktiviti program berserta gambar:
Tarikh : 29.9.2021 (Rabu)
Medium : Online & Offline
Sasaran : Semua murid
Pengumuman nama pemenang melalui group ‘Whatsapp’ PPKI.
Kelas |
Aktiviti |
Nama Guru Penyelaras |
1 Bowling & 1 Archery |
Uji Minda (Projek Jari Tangan Nombor) |
Pn. Nurul
Iman Binti Illyas |
2 Cricket & 3 Petanque |
Uji Minda (Projek Dompet Saya) |
En.
Srimahathevan a/l Vadivelu |
4 Squash & 5 Soccer |
Uji Minda (Projek Botol Sifir) |
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed |
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...
-
PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru...
-
Tarikh : 11 Januari 2020 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Objektif : 1. Membincangkan ...