Selasa, 29 Mac - Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan aktiviti lapangan memanah bertempat di Padang SK Taman Putra Perdana. Aktiviti memanah ini telah dikelolakan oleh 'Al-Musadiddun Achery' yang terdiri daripada Encik Azharul Amani b. Abdul Aziz, En. Zulhilmi b. Jumari, En. Tashkeel Soleh dan Encik Amran b. A.Hamid yang melibatkan seramai 36 orang murid, 10 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Aktiviti memanah ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah yang mampu merangsang dan meningkatkan tahap penumpuan serta menyerlahkan keupayaan dan kebolehan murid. Aktiviti memanah ini juga secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan serta memberi pengalaman baru yang menyeronokkan kepada murid-murid PPKI. Murid-murid berpeluang merasai sendiri pengalaman untuk mengenali, memegang peralatan memanah serta memanah dengan cara yang betul.