Friday, 25 April 2014

Perkhemahan Mini PPKI

Makluman untuk Ibu Bapa / Penjaga,

Pasukan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sek. Keb. Taman Putra Perdana akan menjalankan satu program “Perkhemahan Mini” pada ketetapan yang berikut:

Tarikh / Masa    : 30 April 2014 (7.30 pagi – 2.00 petang)
Tempat               : Padang Sekolah

Ibu Bapa / Penjaga amat dialu-alukan jika ingin memberi sebarang sumbangan bagi menjayakan aktiviti yang akan dijalankan.

* Sebarang pertanyaan sila hubungi:
   En. Srimahathevan (012-3570415) atau Pn. Roslina (012-2766205)

Wednesday, 16 April 2014

PPM PPKI baharu - Pn. Noor Bahiriyah

Selamat Datang diucapkan kepada PPM PPKI baharu - Pn. Noor Bahiriyah yang menggantikan Pn. Siti Rohayu. Semoga dapat bersama-sama guru dan PPM di sini mendidik anak-anak PPKI dan seterusnya membangunkan pendidikan anak-anak istimewa ini...
Pn. Noor bertudung biru

Friday, 4 April 2014

Kak Ayu Bertukar

Hari ini hari terakhir buat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI; Pn. Siti Rohayu binti Shaari yang akan bertukar ke SK Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan. Selamat Berpisah buat Kak Ayu. Semoga berbahagia di sekolah baharu, jangan lupakan kami di sini... (sila ikuti laporan lanjut dalam blog sekolah di sini)
 Kak Ayu menerima ole-ole kenangan daripada Guru Besar dan Penyelaras PPKI; Pn. Roslina serta semua guru PPKI

Jamuan Hari Raya dan Majlis Sambutan Hari Lahir

Jamuan Hari Raya & Majlis Sambutan Hari Lahir (Januari - Jun) PPKI telah diadakan pada; Tarikh : 12 Mei 2023 Hari    :  Jumaat Masa  :  ...