Jamuan Akhir Tahun PPKI SK Taman Putra Perdana 2018 telah berlangsung secara gilang gemilangnya pada 16 November 2018 bersamaan hari Jumaat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.
Jamuan yang diadakan pada sebelah malam bertujuan untuk memastikan kehadiran maksimum daripada ibu bapa. Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa hampir mencapai 95%.
Selain kehadiran yang sangat menggalakan, tajaan daripada ibu bapa dan individu perseorang jua di luar jangkaan. Sebagai contoh, Rio Catering menaja sepenuhnya hiasan dewan dan meja untuk jamuan, beberapa individu menaja makanan sampingan serta cabutan bertuah.
Majlis dimulai sekitar jam 830 mlm dengan ucapan dan penyampaian hadiah kepada murid Tahun 6 dan Anugerah Khas kepada Muhammad Hafiz bin Suhaimi.
Seterusnya, majlis teruskan dengan sambutan hari lahir murid bulan Julai hingga Disember. Sambutan hari lahir ini turut diserikan dengan kehadiran badut yang membuat persembahan silap mata dan kraf belon.
Jemputan menikmati jamuan makan dengan begitu berselera. Pelbagai pilihan juadah disediakan seperti, nasi minyak, makanan barat, pasembor, cendol, satay, buah - buahan dan kuih muih.
Sambil menikmati juadah, beberapa cabutan bertuah turut diselitkan. Setiap jemputan berpeluang memenangi hadiah.
Jamuan, selesai sepenuhnya sekitar jam 1130malam. Setiap jemputan kelihatan gembira pulang ke rumah membawa hadiah masing - masing. Objektif untuk mengeratkan ikatan di kalangan ibu bapa dan pihak sekolah tercapai dengan baik sekali. DI harap, pada tahun seterusnya, program seperti ini akan diterusnya dan mendapat kerjasama yang lebih baik lagi daripada semua pihak.
Saturday, 17 November 2018
Wednesday, 14 November 2018
Terapi Renang : Keyakinan Diri Di Air
Tarikh : 14 November 2018
Hari : Rabu
Masa : 930 pagi - 1230 tengah hari
Tempat : Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6, Putrajaya.
Terapi renang yang dijalankan pada 14 November 2018 merupakan terapi keyakinan di air yang terakhir bagi sesi persekolahan 2018. Seawal 8 pagi, murid dikumpulkan untuk diberi taklimat perjalanan terapi pada hari tersebut. murid dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut bas dan guru pengiring masing - masing. Sebelum bertolak, murid menikmati RMT di sekolah.
Rombongan tiba di kolam renang pada jam 10pagi. Terapi renang pada kali ini dibimbing oleh jurulatih renang, Encik Padzli bin Zawawi. Dimulai dengan gerakan memanaskan badan sebelum disusuli dengan beberapa penerangan langkah keselamatan serta kaedah mudah menyelamatkan diri di dalam air.
Seterusnya, murid mula melakukan gerakan asas di dalam air. murid kelihatan gembira dan teruja melakukan gerakan.
Murid yang mempunyai kemahiran asas seterusnya di bawa ke kolam yang lebih dalam untuk pergerakan renang yang lebih mencabar.
Hampir sejam setengah di dalam air, murid bersiap untuk pulang. Terapi renang ditamatkan dengan penyampaian sijil dan cenderahati oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hamizah binti Hamzah kepada jurulatih. Rombongan tiba di sekolah pada jam 1230 tengah hari.
Seterusnya, murid mula melakukan gerakan asas di dalam air. murid kelihatan gembira dan teruja melakukan gerakan.
Murid yang mempunyai kemahiran asas seterusnya di bawa ke kolam yang lebih dalam untuk pergerakan renang yang lebih mencabar.
Hampir sejam setengah di dalam air, murid bersiap untuk pulang. Terapi renang ditamatkan dengan penyampaian sijil dan cenderahati oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hamizah binti Hamzah kepada jurulatih. Rombongan tiba di sekolah pada jam 1230 tengah hari.
Friday, 2 November 2018
Terapi Mandian Herba
Tarikh : 2 November 2018
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana
Terapi Mandian Herba yang dijalankan berlangsung dengan jayanya dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua para peserta yang terlibat.
Disediakan oleh : Pn. Rafidah Salleh
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana
Terapi Mandian herba telah dijalankan pada 2 November 2018. Ia merupakan satu terapi alternatif yang dijalankan bertujuan untuk membentuk tingkahlaku positif, mempertingkatkan keyakinan diri serta mampu menenangkan fikiran murid. Penceramah jemputan bagi terapi Mandian Herba ini adalah Dr Faezah Zulkifli dan suaminya En Sanusi Saad yang juga merupakan Perunding Terapi Hyherbs sejak 2015 lagi.
Selain memberi input yang sangat bermanfaat, terapi Mandian Herba ini juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri dari pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.
Selain memberi input yang sangat bermanfaat, terapi Mandian Herba ini juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri dari pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.
Terapi Mandian Herba yang menggunakan herba-herba tradisional ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk merangsang saraf dan minda anak-anak bermasalah dalam pembelajaran agar fizikal dan minda mereka lebih sihat dan cergas. Badan yang sihat dan minda yang cergas boleh membantu anak-anak bermasalah pembelajaran memberi tumpuan dalam pelajaran dan merupakan persediaan ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri secara keseluruhannya.
Gambar-gambar sekitar terapi Mandian Herba yang telah dijalankan :
Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Midon
Ceramah oleh Dr Faezah Zulkifli
Para tetamu menjamu selera
Penerangan dan mandian herba kepada murid-murid PPKI
Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar Puan Rohaidah kepada penceramah jemputan Dr Faezah Zulkifli dan En Sanusi Saad
Terapi Mandian Herba yang dijalankan berlangsung dengan jayanya dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua para peserta yang terlibat.
Disediakan oleh : Pn. Rafidah Salleh
Subscribe to:
Posts (Atom)
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...
-
PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru...
-
Tarikh : 11 Januari 2020 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Objektif : 1. Membincangkan ...