Friday, 12 November 2021

Tahniah Malik RifaeišŸŒ·

En. Norazlan bin Ahmad Kanal Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Sepang bersama Pn. Munirah dan Datin Haslinda menyantuni adik Malik Rifaie bin Junizam yang berjaya menjadi Johan Pertandingan Tiktok Challenge Kategori Murid PPKI sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2021. Terima kasih sudi turun ke sekolah untuk menyampaikan sendiri hadiah dan sijil yang dimenangi. Alhamdulillah tahniah buat adik Malik Rifaie & ibu bapanya! Semoga bakat bermain piano yang ada pada adik Malik akan terus berkembang dan  menjadi kebanggaan keluarga serta sekolah.. Syabas Malik!šŸŒ¹






Sila klik di sini untuk melihat video tiktok Malik Rifaie & peserta lain.

Friday, 29 October 2021

Kem Bestari Solat Dalam Norma Baharu Bagi Murid PPKI Tahun 2021

Tarikh    : 29 Oktober 2021

Hari       : Jumaat

Tempat  : Kelas PPKI & Surau Raudatul Ilmi SKTPP

Tema     : ''Solat Pemangkin Kecemerlangan Ummah''.

Pendahuluan

Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti kokurikulum bagi murid PPKI. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dalam kalangan murid. Pelaksanaan seawal umur 7 - 12 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Meskipun berlakunya pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah pelaksanaannya. 

Matlamat
Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid PPKI mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

Objektif 

1)  Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan

     syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2)  Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan

     lancar.

3)  Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.

4)  Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang

     wajib dalam kehidupan harian

5)  Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat

     secara bersendirian ataupun berjemaah.


Disini, disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan untuk tatapan murid-murid:










Penutup

Program  yang dirancang ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kem Bestari Solat adalah sebahagian program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan dapat  memberi  kesan kepada murid-murid pendidikan khas untuk  meningkatkan kemahiran, kesungguhan  dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintah oleh Allah swt. Semoga kem yang dirancang ini memberi manfaat kepada semua murid PPKI. 

Thursday, 21 October 2021

Program Minggu Matematik PPKI

Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program ini diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik terutamanya dalam menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan bertemakan ''Math Is Fun''. Program ini telah berjalan serentak dengan program Minggu Matematik di aliran perdana. 

Nama-nama guru penyelaras dan poster-poster tentang acara dan pertandingan bagi Program Minggu Matematik PPKI adalah seperti di bawah :

    

Berikut merupakan aktiviti program berserta gambar dan hasil kerja murid:

Tarikh : 22.9.2021 (Rabu)

Medium : Google Meet 

Sasaran : Semua murid

Murid diberikan tempoh masa selama 5 hari menyiapkan projek dan tarikh akhir serahan projek ialah pada 27.9.2021(Isnin).

Kelas Aktiviti Nama Guru Penyelaras
1 Bowling &
1 Archery
Tayangan Visual
Projek Jari Tangan Nombor
Pn. Nurul Iman Binti Illyas
2 Cricket &
3 Petanque
Tayangan Visual
Projek Buku Skrap (Dompet Saya)
En. Srimahathevan a/l Vadivelu
4 Squash &
5 Soccer
Tayangan Visual
Projek Buku Skrap (Botol Sifir)
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed





Projek Jari Tangan Nombor bagi Tahun 1:











Projek Buku Skrap (Dompet Saya) bagi Tahun 2 & Tahun3:






Projek Buku Skrap (Botol Sifir) bagi Tahun 4 & Tahun 5:









Berikut merupakan aktiviti program berserta gambar:

Tarikh : 29.9.2021 (Rabu)

Medium : Online & Offline

Sasaran : Semua murid

Pengumuman nama pemenang melalui group ‘Whatsapp’ PPKI.

Kelas

Aktiviti

Nama Guru Penyelaras

1 Bowling &
1 Archery
Uji Minda
(Projek Jari Tangan Nombor)

Pn. Nurul Iman Binti Illyas

2 Cricket &
3 Petanque
Uji Minda
(Projek Dompet Saya)

En. Srimahathevan a/l Vadivelu

4 Squash &
5 Soccer
Uji Minda
(Projek Botol Sifir)
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed





Senarai nama pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan :



















Sesi penyampaian hadiah telah diadakan secara bersemuka pada hari Khamis 21 Oktober 2021. Murid-murid kelihatan seronok dan gembira dengan hadiah yang telah dimenangi oleh mereka. Tahniah kepada semua pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik jangan mudah putus asa. Usaha lagi di masa akan datang.

           


                    

Di sini, disertakan video ringkas berkaitan laporan di atas untuk tatapan semua.


Diharap PdPR berasaskan projek dan kuiz ini memberikan ilmu yang berguna kepada murid-murid berkeperluan khas dalam mempelajari matapelajaran matematik dengan seronok dan sekaligus dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Tahniah Malik RifaeišŸŒ·

En. Norazlan bin Ahmad Kanal Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Sepang bersama Pn. Munirah dan Datin Haslinda menyantuni adik Malik R...