Friday 20 October 2023

Hari Jalinan Mesra Pendidikan Khas 2023

 


"Terima kasih cikgu, saya seronok tengok perkembangan anak saya sekarang, dia suka datang sekolah'. Itulah antara luahan ibu bapa yang hadir pada Hari Jalinan Mesra Pendidikan Khas. 

Alhamdulillah, meriah PPKI hari ini dengan kehadiran ibu bapa untuk berjumpa guru kelas dan menandatangani laporan PBD dan RPI anak-anak mereka. Ibu bapa juga turut mengambil peluang untuk berbincang mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Program seperti ini juga merupakan medium untuk guru dan ibu bapa bertemu secara empat mata untuk berbincang mengenai permasalahan yang ada dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan sumbangan yang diberikan untuk pembangunan dan kemajuan anak-anak PPKI. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas segala jasa bakti yang diberikan buat anak-anak istimewa ini.











DUDUK BERSILA SAMBIL BERIADAH,
NYAMAN SUNGGUH DI TEPI SAWAH,
ANAK ISTIMEWA ANUGERAH TERINDAH,
JALINAN MESRA MENYATU UKHWAH.

Disediakan oleh: Cikgu Yatt

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...