Saturday, 17 November 2018

Jamuan Akhir Tahun 2018

Jamuan Akhir Tahun PPKI SK Taman Putra Perdana 2018 telah berlangsung secara gilang gemilangnya pada 16 November 2018 bersamaan hari Jumaat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.


Jamuan yang diadakan pada sebelah malam bertujuan untuk memastikan kehadiran maksimum daripada ibu bapa. Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa hampir mencapai 95%.
Selain kehadiran yang sangat menggalakan, tajaan daripada ibu bapa dan individu perseorang jua di luar jangkaan. Sebagai contoh, Rio Catering menaja sepenuhnya hiasan dewan dan meja untuk jamuan, beberapa individu menaja makanan sampingan serta cabutan bertuah.


Majlis dimulai sekitar jam 830 mlm dengan ucapan dan penyampaian hadiah kepada murid Tahun 6 dan Anugerah Khas kepada Muhammad Hafiz bin Suhaimi.


Seterusnya, majlis teruskan dengan sambutan hari lahir murid bulan Julai hingga Disember. Sambutan hari lahir ini turut diserikan dengan kehadiran badut yang membuat persembahan silap mata dan kraf belon.




Jemputan menikmati jamuan makan dengan begitu berselera. Pelbagai pilihan juadah disediakan seperti, nasi minyak, makanan barat, pasembor, cendol, satay, buah - buahan dan kuih muih.

Sambil menikmati juadah, beberapa cabutan bertuah turut diselitkan. Setiap jemputan berpeluang memenangi hadiah.









Jamuan, selesai sepenuhnya sekitar jam 1130malam. Setiap jemputan kelihatan gembira pulang ke rumah membawa hadiah masing - masing. Objektif untuk mengeratkan ikatan di kalangan ibu bapa dan pihak sekolah tercapai dengan baik sekali. DI harap, pada tahun seterusnya, program seperti ini akan diterusnya dan mendapat kerjasama yang lebih baik lagi daripada semua pihak.

Wednesday, 14 November 2018

Terapi Renang : Keyakinan Diri Di Air

Tarikh : 14 November 2018
Hari : Rabu
Masa : 930 pagi - 1230 tengah hari
Tempat : Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6, Putrajaya.

Terapi renang yang dijalankan pada 14 November 2018 merupakan terapi keyakinan di air yang terakhir bagi sesi persekolahan 2018. Seawal 8 pagi, murid dikumpulkan untuk diberi taklimat perjalanan terapi pada hari tersebut. murid dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut bas dan guru pengiring masing - masing. Sebelum bertolak, murid menikmati RMT di sekolah.


Rombongan tiba di kolam renang pada jam 10pagi. Terapi renang pada kali ini dibimbing oleh jurulatih renang, Encik Padzli bin Zawawi. Dimulai dengan gerakan memanaskan badan sebelum disusuli dengan beberapa penerangan langkah keselamatan serta kaedah mudah menyelamatkan diri di dalam air.



Seterusnya, murid mula melakukan gerakan asas di dalam air. murid kelihatan gembira dan teruja melakukan gerakan.



Murid yang mempunyai kemahiran asas seterusnya di bawa ke kolam yang lebih dalam untuk pergerakan renang yang lebih mencabar.






Hampir sejam setengah di dalam air, murid bersiap untuk pulang. Terapi renang ditamatkan dengan penyampaian sijil dan cenderahati oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hamizah binti Hamzah kepada jurulatih. Rombongan tiba di sekolah pada jam 1230 tengah hari.

Friday, 2 November 2018

Terapi Mandian Herba

Tarikh : 2 November 2018 
Hari : Jumaat  
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana

Terapi Mandian herba telah dijalankan pada 2 November 2018. Ia merupakan satu terapi alternatif yang dijalankan bertujuan untuk membentuk tingkahlaku positif, mempertingkatkan keyakinan diri serta mampu menenangkan fikiran murid. Penceramah jemputan bagi terapi Mandian Herba ini adalah Dr Faezah Zulkifli dan suaminya En Sanusi Saad yang juga merupakan Perunding Terapi Hyherbs sejak 2015 lagi.

Selain memberi input yang sangat bermanfaat, terapi Mandian Herba ini juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri dari pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya  dan keluarga amnya. 

Terapi Mandian Herba yang menggunakan herba-herba tradisional ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk merangsang saraf dan minda anak-anak bermasalah dalam pembelajaran agar fizikal dan minda mereka lebih sihat dan cergas. Badan yang sihat dan minda yang cergas  boleh membantu anak-anak bermasalah pembelajaran memberi tumpuan dalam pelajaran dan merupakan persediaan ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri secara keseluruhannya.

Gambar-gambar sekitar terapi Mandian Herba yang telah dijalankan :



Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi



Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Midon



Ceramah oleh Dr Faezah Zulkifli





Para tetamu menjamu selera





Penerangan dan mandian herba kepada murid-murid  PPKI




Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar Puan Rohaidah kepada penceramah jemputan Dr Faezah Zulkifli dan En Sanusi Saad

Terapi Mandian Herba yang dijalankan berlangsung dengan jayanya dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua  para peserta yang terlibat.

Disediakan oleh : Pn. Rafidah Salleh

Thursday, 25 October 2018

Terapi Floortime

Tarikh: 25 oktober 2018
Masa: 08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat: MAEPS, serdang dan kilang coklat beryls

objektif :
terapi floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak yang berkeperluan khas melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional.
6 tahap tersebut ialah:

1) Pengawalan kendiri: menimbulkan minat terhadap dunia sekeliling

2) Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat: keinginan berinteraksi dengan orang lain.

3) Meningkatkan kemahiran komunikasi 2 hala: kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain.

4) Mempertingkatkan pengendalian komunikasi kompleks

5) Idea emosional: iaitu kebolehan melahirkan perasaan

6) Pemikiran emosional: iaitu kemahiran berfikir tanpa beremosi.

Atur Cara Program:

08.00   pagi             Berkumpul
08.30   pagi             Bertolak ke G2G Animal Garden
09.45   pagi             G2G Animal Garden
12.30   tengah hari  Makan tengahari di restoran Mr Biryani
01.30   petang         beryls cookies
02.30   petang         solat zohor
03.00   petang         beryls chocolate
04.00   petang         berkumpul untuk balik ke sekolah

Gambar-gambar sekitar program terapi floortime di jalankan:

sampai di G2G maeps serdang


cikgu sri memberi tunjuk ajar untuk membuat aiskrim 



semua murid gembira dapat memegang sendiri haiwan-haiwan di sini


murid dapat mempertingkatkan keyakinan diri





cikgu fau dan cikgu Z memperlihatkan hasil kerja murid-murid membuat aiskrim



mereka sangat gembira dapat merasa aiskrim




makan tengah hari di restoran Mr. biryani

kami tiba di kilang beryls



mendengar taklimat ringkas tentang pemprosesan coklat.

Murid-murid sangat gembira kerana telah dapat pengetahuan baharu sekitar mengikuti terapi floortime.

Disediakan oleh: Maizan binti Abdullah





Saturday, 6 October 2018

Jelajah Ilmu PPKI SK Taman Putra Perdana ke Langkawi



JELAJAH ILMU
 PPKI
SK TAMAN PUTRA PERDANA
KE LANGKAWI






Tarikh aktiviti  : 3-5 Oktober 2018
Hari                  : Rabu hingga Jumaat
Tempoh Masa : 3 Hari

Matlamat         : Meningkatkan kemahiran sosial murid dengan berhadapan bersama
                           masyarakat dan dunia luar.

Objektif           : 1. Memperoleh pengalaman baru ketika murid berhadapan dengan
                               komuniti masyarakat luar.
                           2. Murid mendapat pendedahan ilmu baru dari segi pembelajaran di luar
                               bilik darjah.
                           3. Memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan semua murid
                               pelbagai kaum, bahasa dan agama.
                           4. Mengamal sikap berdikari dengan menyertai lawatan bersama rakan-
                               rakan dan guru.

Kekuatan program : 1.Sokongan pentadbir untuk kelulusan penggunaan kewangan
                                   2.Kerjasama AJK pelaksana.
                                   3.Sokongan kewangan dari ibu bapa/penjaga.
                                   4.Sumbangan kewangan dari pihak PIBG.

Kelemahan program : Tidak dapat melibatkan semua murid kerana tiada kebenaran ibu
                                      bapa dan disebabkan kekangan kewangan ibu bapa. 

Keberhasilan aktiviti :  1. Murid yang menyertai program lebih berpengetahuan tentang
                                          pelbagai tempat menarik di Pulau Langkawi.
                                      2. Murid lebih yakin untuk bercerita tentang sekitar tempat-tempat
                                          yang dilawat di Langkawi.
                                      3. Murid memupuk semangat bermasyarakat apabila berhadapan
                                          dengan dunia luar.

Tempat-tempat yang dilawati :         
·         Underwater World
·         Pekan Kuah
·         Pantai Cenang
·         Kereta Kabel
·         Island Hopping
·         Wildlife Park

Gambar-gambar sekitar program dijalankan: 




















































Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...