Friday, 2 November 2018

Terapi Mandian Herba

Tarikh : 2 November 2018 
Hari : Jumaat  
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana

Terapi Mandian herba telah dijalankan pada 2 November 2018. Ia merupakan satu terapi alternatif yang dijalankan bertujuan untuk membentuk tingkahlaku positif, mempertingkatkan keyakinan diri serta mampu menenangkan fikiran murid. Penceramah jemputan bagi terapi Mandian Herba ini adalah Dr Faezah Zulkifli dan suaminya En Sanusi Saad yang juga merupakan Perunding Terapi Hyherbs sejak 2015 lagi.

Selain memberi input yang sangat bermanfaat, terapi Mandian Herba ini juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri dari pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya  dan keluarga amnya. 

Terapi Mandian Herba yang menggunakan herba-herba tradisional ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk merangsang saraf dan minda anak-anak bermasalah dalam pembelajaran agar fizikal dan minda mereka lebih sihat dan cergas. Badan yang sihat dan minda yang cergas  boleh membantu anak-anak bermasalah pembelajaran memberi tumpuan dalam pelajaran dan merupakan persediaan ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri secara keseluruhannya.

Gambar-gambar sekitar terapi Mandian Herba yang telah dijalankan :



Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi



Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Midon



Ceramah oleh Dr Faezah Zulkifli





Para tetamu menjamu selera





Penerangan dan mandian herba kepada murid-murid  PPKI




Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar Puan Rohaidah kepada penceramah jemputan Dr Faezah Zulkifli dan En Sanusi Saad

Terapi Mandian Herba yang dijalankan berlangsung dengan jayanya dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua  para peserta yang terlibat.

Disediakan oleh : Pn. Rafidah Salleh

No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...