Tarikh : 29 Oktober
2021
Hari :
Jumaat
Tempat : Kelas PPKI &
Surau Raudatul Ilmi SKTPP
Tema : ''Solat Pemangkin Kecemerlangan Ummah''.
Pendahuluan
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti kokurikulum bagi murid PPKI. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dalam kalangan murid. Pelaksanaan seawal umur 7 - 12 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Meskipun berlakunya pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah pelaksanaannya.
Matlamat
Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi
memastikan semua murid PPKI mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah
solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu
pengetahuan dan penghayatan solat.
Objektif
1) Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2) Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan
lancar.
3) Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
4) Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang
wajib dalam kehidupan harian
5) Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat
secara bersendirian ataupun berjemaah.
Disini, disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan untuk tatapan murid-murid:
Penutup
Program yang dirancang ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kem Bestari Solat adalah sebahagian program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid pendidikan khas untuk meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintah oleh Allah swt. Semoga kem yang dirancang ini memberi manfaat kepada semua murid PPKI.
No comments:
Post a Comment