Tarikh: 23 September 2022
Hari: Jumaat
Masa : 7.30 - 11.20 pagi
Tempat : Kelas PPKI
Pada 23 September 2022, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga mengadakan Hari Jalinan Mesra siri 1/2022 bertempat di kelas masing-masing bermula 7.30 pagi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada anak didik istimewa SKTPP yang berjaya meningkatkan prestasi dan penguasaan mata pelajaran. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada anak dan pihak sekolah.
Latar Belakang Hari Jalinan Mesra
Ibu bapa atau penjaga dan guru harus menjalinkan kerjasama yang erat demi mencungkil dan memperkukuhkan potensi diri pelajar agar melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini sekaligus bertujuan mempersiapkan generasi pelapis kepada persekitaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Objektif
Memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru berkaitan potensi dan perkembangan anak-anak berkaitan isu pembelajaran atau isu-isu berbangkit.
Coretan sepanjang berlangsungnya program
Guru Kelas Archery En. Srimahathevan bersama salah seorang waris murid
Guru Kelas Bowling En. Zairuddin di bantu oleh Pn. Shahrul bersama waris murid |
Guru Kelas Cricket Pn. Noor Hayati bersama salah seorang waris murid |
Guru Kelas Petanque En. Dzarfan digantikan oleh Pn. Norfauziaton bersama waris murid |
Guru Kelas Squash Pn. Rafidah bersama salah seorang waris murid |
Guru Kelas Soccer Pn. Nurhayati bersama waris murid |
Kehadiran waris murid di ruangan menunggu |
Disediakan oleh : Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin
No comments:
Post a Comment