Tuesday 28 January 2020

Majlis Perpisahan Cikgu Roslina dan Cikgu Afiq

Tarikh: 17 Januari 2020
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 11.50 pagi
Tempat: Dataran Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP)

Pada hari Jumaat 17 Januari 2020 bertempat di Dataran KPKP telah berlangsung satu majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan pertukaran tempat bertugas cikgu Roslina dan cikgu Afiq ke SK Taman Putra Perdana 2. Pertukaran cikgu Roslina dan cikgu Afiq ke Sk Taman Putra Perdana 2 adalah demi memenuhi tuntutan tugas dimana khidmat bakti mereka diperlukan bagi membuka Program Pendidikan Khas yang baru di sekolah berkenaan. Majlis perpisahan yang diadakan ini turut mendapat kerjasama dari Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP. Pelbagai menu yang menarik telah disediakan hasil kerjasama semua guru dan juga ibu bapa KPKP yang turut menyumbang pelbagai juadah makanan pada hari majlis berlangsung. Pada majlis tersebut juga cikgu Roslina dan cikgu Afiq turut menerima pelbagai hadiah dan cenderahati samaada dari pihak guru-guru KPKP, KKGK SKTPP dan juga murid-murid sebagai tanda terima kasih di atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan kerjasama cikgu Roslina dan cikgu Afiq yang selama ini bertungkus lumus mencurahkan khidmat bakti ketika berada di SK Taman Putra Perdana. 

Gambar kenangan di sekitar majlis perpisahan cikgu Roslina dan cikgu Afiq


Ucapan perpisahan dari cikgu Afiq

Ucapan perpisahan dari cikgu Roslina

Cikgu Roslina dan cikgu Afiq bergambar bersama pada majlis tersebut

Cikgu Roslina dan cikgu Afiq bergambar bersama GPK KPKP Pn. Nurhamizah binti Hamzah

Antara tetamu jemputan yang hadir pada majlis perpisahan tersebut

Antara menu dan juadah yang disediakan pada majlis tersebut

murid-murid sedang menjamu selera

Bergambar kenangan bersama semua guru KPKP


 Selamat bertugas di SK Taman Putra Perdana 2 dan selamat maju jaya diucapkan pada cikgu Roslina dan cikgu Afiq. Semoga cikgu Roslina dan cikgu Afiq dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh  dedikasi. Majlis bersurai pada pukul 11.50 pagi.





No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...