Wednesday 13 November 2019

Pameran Alam Semulajadi Bersama Murid PPKI

Pada 13 November 2019 bersamaan hari Rabu, PPKI SKTPP telah dijemput oleh pihak Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia untuk mengadakan pameran alam semulajadi bertempat di SISFEC, Hutan Simpan Ayer Hitam. Pameran ini adalah kesinambungan daripada beberapa fasa gotong-royong bersama pihak Fakulti UPM dalam menjayakan Taman Herba Aromaterapi PPKI SKTPP.

Berikut adalah beberapa gambar kenangan sepanjang pameran dan gotong-royong tersebut..

Bahan pameran 


Cikgu Iman dan Cikgu Roslina; guru yang bertugas pada hari pameran






Taman Herba Aromaterapi memberikan kesan yang besar kepada warga PPKI SKTPP amnya dan murid PPKI khususnya s elain menjadi salah satu pendekatan pembelajaran yang menarik. Taman ini juga bakal menjadi salah satu sumber bahan mentah untuk kegunaaan terapi mandian herba yang akan diadakan pada masa depan.

Semoga kolaborasi yang baik antara PPKI SKTPP dan Fakulti Perhutanan UPM akan terus berkekalan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...