Friday 12 August 2022

Sambutan Hari Lahir & Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bertarikh 12 Ogos 2022, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun. Dalam kemeriahan sambutan hari lahir, diselitkan juga Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi buat Puan Norhamizah binti Hamzah sempena perpindahan beliau ke SK Taman Putra Perdana 2. Sepanjang majlis, pelbagai emosi terzahir pada riak wajah seluruh hadirin yang hadir.


Majlis dihadiri oleh NYDP PIBG, Puan Normawati binti Saad serta para pentadbir. Dimulakan dengan ucapan-ucapan seterusnya majlis penyampaian hadiah daripada murid kepada Puan Hamizah dan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang menyambut hari lahir.










Persembahan kenangan bersama Pn. Norhamizah

Selesai majlis perpisahan Puan Hamizah, majlis bertukar tempat ke ruang legar untuk majlis penyerahan dan pemotongan kek murid yang menyambut hari lahir.  Berikut beberapa gambaran suasana semasa sambutan berlangsung:









Murid-murid disajikan dengan pelbagai menu seperti pasta, brownies, kuih muih dan pelbagai juadah pencuci mulut. Alhamdulillah, semua menu adalah sumbangan ibu bapa dan orang perseorangan. 




Pelbagai juadah telah disumbangkan oleh ibu bapa


Selesai majlis, maka berakhirlah PPKI SKTPP di bawah pimpinan Pn Norhamizah. Semoga Pn. Norhamizah terus cemerlang dan berbahagia di sekolah baru. Buat seketika, Puan Noor Hayati Yusof telah dilantik selaku Penyelaras PPKI. Moga PPKI SKTPP terus maju dan gemilang pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...