Kem dimulai dengan pembahagian kumpulan dan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Setiap kumpulan akan diberikan 2 orang fasilitator untuk memimpin dan membimbing murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Selesai taklimat, murid bergerak dalam kumpulan untuk amali mengambil wuduk. Setiap kumpulan menerima penerangan cara yang betul mengambil wuduk sementara menunggu giliran mengambil wuduk.
Seterusnya, murid melengkapkan latihan berkaitan amali wuduk dalam kumpulan dengan bimbingan.
Murid menyambung aktiviti pergerakan dan bacaan di dalam solat secara teori. murid melengkapkan latihan berkaitan dengan bimbingan guru. Seterusnya, amali solat diadakan oleh ustaz Mahadir secara berkumpulan. Murid dibimbing melakukan gerakan solat melalui solat Subuh berjemaah.
Pada akhir kem, murid menguasai kemahiran asas solat dan pergerakannya.
No comments:
Post a Comment