Friday, 9 May 2014

Perkhemahan Mini Pasukan Pengakap PPKI SKTPP 2014

Perkhemahan Mini PPKI telah diadakan seperti butiran berikut:

a)         Hari                 : Rabu

b)         Tarikh             : 30 April 2014

c)         Tempat           : Padang Sekolah SKTPP

d)         Sasaran         : 30 murid PPKI dan 9 orang guru PPKI

Matlamat Utama
Aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi mengikut kemampuan murid.

Objektif Aktiviti Perkhemahan
i.          Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

ii.         Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

iii.      Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

iv.       Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.

v.     Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

vi.        Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru dan murid.

PERJALANAN AKTIVITI

7.30 – 8.00     pagi
  
  Pengesahan Kehadiran,    
  Pembahagian Kumpulan

8.00 – 9.00     pagi
  Senamrobik

9.00 – 10.00   pagi
  Treasure Hunt
10.00 – 10.30 pagi

   Rehat
10.30 – 11.30 pagi
   Belajar Memasang
   Khemah

11.30 – 1.00 t/hari
   Aktiviti Memasak /
   Ikatan Pertolongan Cemas

1.00 – 2.00 petang
   Permainan Dalaman /   
   Penutup
















Di akhir aktiviti program ini, kesemua murid PPKI dilihat begitu gembira dan seronok dengan pelbagai acara yang telah dilaksanakan oleh guru dan juga PPM. Semua murid begitu bersemangat hingga ke akhir program. Kegembiraan setiap murid juga telah berganda apabila di akhir acara, setiap kumpulan murid telah dianugerahkan hadiah berupa hamper. Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:

Aktiviti regangan sebelum Senamrobik dimulakan.
Murid-murid sedang bersenam aerobik mengikut bimbingan guru. 
Aktiviti Treasure Hunt 
Bekerjasama menyelesaikan puzzle.

Semangat berpasukan.

Bersungguh-sungguh meniup tepung.
Belajar ikatan kain anduh untuk pertolongan cemas.
Disediakan oleh,
Pn. Salasiah binti Abdul Razak
Pn. Rozaitul Ikhma binti Ab Razak 
Pn. Noor Bahiriah binti Baharum

1 comment:

  1. solam. boleh cikgu kongsikan kertas kerja penuh program ini ke emel sy? rijal.islah@gmail.com
    terima kasih.

    ReplyDelete

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...