Tarikh : 21 Januari 2021
Hari : Khamis
Kelas : Semua kelas PPKI
Tema :Saya Sihat Saya Selamat (Makanan Berkhasiat)
Aplikasi : Google Meet
Semua orang bercakap mengenai diet dan makanan berkhasiat. Kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat ke arah amalan gaya hidup dan makanan berkhasiat ialah satu perkembangan yang positif. Melalui budaya ini, tahap kesihatan masyarakat akan meningkat sesuai dengan aspirasi negara Malaysia untuk menjadi negara maju.
Kita sering kali mendengar ungkapan ‘Anda adalah apa yang anda makan’ iaitu yang membawa maksud makanan sangat mempengaruhi tubuh dan fikiran kita kerana ia adalah perkara utama yang akan membentuk diri kita. Oleh itu untuk mendapatkan tubuh badan yang cergas dan sihat, otak dan minda yang cerdas maka tabiat pemakanan makanan berkhasiat amatlah penting untuk kita semua.
Tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Makanan Berkhasiat)' amat bersesuaian diajar kepada semua murid PPKI bagi memastikan murid-murid faham dan amalkan konsep pemakanan makanan berkhasiat di dalam kehidupan seharian mereka. Sebelum sesi pengajaran bermula murid-murid melakukan aktiviti senaman ringan dan dikehendaki memperkenalkan diri terlebih dahulu. Ini bagi melatih murid dengan sikap berani bersuara di khalayak ramai. Antara video dan gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) amali membuat roti sandwich telur secara google meet bersama murid seperti di bawah:
Slaid powerpoint semasa sesi pengajaran
Hasil video secara google meet
Video amali bersama salah seorang murid
Antara gelagat murid-murid yang sedia menunggu dan tidak sabar untuk melakukan sesi amali bersama-sama.
Antara gambar aksi murid-murid kelihatan seronok dan bersungguh-sungguh menyiapkan roti sandwich telur masing-masing.
Diharap PdPR hari ini memberikan manfaat dan kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan bagi murid-murid belajar di alam maya. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment