Tarikh : 22 Januari 2021
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Kelas : Semua kelas PPKI
Aplikasi: Google Meet
'Kita Sihat Kita Selamat (Mencegah Virus Covid-19)' merupakan topik yang sangat penting yang cuba disampaikan kepada murid-murid khususnya tentang penjagaan dan keselamatan diri dalam mencegah virus Covid-19. Melalui tajuk pembelajaran ini juga, murid-murid akan didedahkan dengan apa itu Covid-19 dan bagaimana cara penjagaan diri yang betul bagi mencegah penularan Covid-19 ini. Murid-murid akan diajar bagaimana untuk menjaga kebersihan diri, cara membasuh tangan dan menggunakan 'sanitizer' yang betul, cara memakai pelitup muka dan akhir sekali bagaimana untuk melupuskan pelitup muka yang telah digunakan.
Melalui tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Virus Covid 19)' ini juga murid-murid berpeluang untuk melakukan sendiri dan mengaplikasikan cara bagaimana untuk memakai pelitup muka dan menggunakan 'sanitizer' dengan betul. Kelihatan murid-murid sangat gembira dan begitu teruja untuk melakukan aktiviti ini bersama rakan-rakan yang lain melalui aplikasi 'google meet'. Murid-murid juga telah diajar bagaimana untuk melupuskan pelitup muka yang telah digunakan. Langkah pencegahan ini adalah sangat penting untuk mendidik murid-murid agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta mencegah penularan wabak Covid-19.
Pada akhir pembelajaran tema 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Covid 19)' ini murid-murid telah di dedahkan dengan siapa itu 'frontliners' atau mereka yang berada di barisan hadapan dalam mencegah penularan Covid-19 ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk 'frontliners' atau barisan hadapan yang selama ini telah bertungkus lumus bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada Covid-19. Bersama-samalah kita berdoa agar Malaysia kita selamat dan sejahtera selalu hendaknya.
Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan semasa pembelajaran 'Saya Sihat Saya Selamat (Mencegah Covid 19)...
No comments:
Post a Comment