Hari: Jumaat
Masa: 8.00-11.00 pagi
"Selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria,
selamat kami ucapkan untuk kita sampai ke tahun depan"
Begitulah antara lagu hari raya yang di dendangkan sewaktu sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan pada hari ini, murid-murid PPKI serta guru-guru PPKI sungguh gembira meraikan hari raya sama-sama, kemeriahan sangat terasa apabila semuanya berpakaian segak dan cantik . Antara juadah yang terhidang adalah seperti ketupat, lemang, nasi impit, nasi minyak,sate, mee sup dan pelbagai kuih muih yang dapat di pilih oleh semua murid untuk di nikmati. Murid-murid sungguh gembira dapat menyambut hari raya bersama rakan-rakan serta guru- guru. Sambutan ini bertujuan menzahirkan rasa syukur dalam diri menyambut kedatangan syawal yang mulia. Tradisi menyambut hari raya perlu di teruskan untuk merapatkan lagi tali persaudaraan antara sesama kita.
Dibawah disertakan gambar sepanjang sambutan berlangsung
Pelbagai juadah kuih muih dan makanan yang dapat di pilih dan dinikmati oleh murid-murid
Antara pakaian hari raya yang di gayakan oleh murid-murid dan guru-guru:
No comments:
Post a Comment