Tuesday, 18 June 2019

Aktiviti Terapi Floortime PPKI di AEON Mall Nilai

Pada 18 Jun 2019, PPKI SKTPP telah menjalankan aktiviti terapi floortime di Mini Science Technology and Discovery Center di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan. Objektif utama terapi ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid melakukan aktiviti luar bilik darjah. Selain dapat menimba ilmu, murid juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Rombongan PPKI bertolak ke AEON Mall Nilai seawal jam 8.00 pagi dan tiba sekitar jam 9.00 pagi. Memandangkan aktiviti terapi kali ini dijalankan di pusat membeli belah yang baharu beroperasi, guru-guru dan murid-murid berasa sangat teruja untuk belajar sambil bermain.

Di sana, kami disambut oleh kakitangan Pusat Sains tersebut dan diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Guru dan murid dibahagikan mengikut kumpulan dan mengikut staf yang ditugaskan untuk membawa kami stesen permainan.

Antara aktiviti dan permainan menarik yang dijalankan ialah eksperimen sains, permainan interaktif secara maya, aktiviti bermain LEGO gergasi, permainan suaikan model serangga pada gambar, permainan catur gergasi dan banyak lagi. Antara tarikan utama pusat sains ini adalah sebuah robot gergasi yang setinggi 5 meter dan juga sesi pengenalan kepada dinosaur menggunakan model dinosaur yang bergerak dikendalikan oleh staf dari luar negara. Murid-murid berasa sangat seronok kerana mereka dapat pengalaman baharu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Selesai bermain di pusat sains tersebut kami semua makan tengah hari di medan selera. Walaupun penat bermain, kami tetap berselera menjamah makanan yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 12.30 tengah hari. Diharapkan aktiviti terapi floortime ini dapat memberi manfaat dan input berguna kepada murid-murid di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga PPKI SKTPP.










No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...