Sunday 17 March 2019

Kem Bestari Solat Siri 1


Tarikh : 15 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI


Solat Penjana Keutuhan Akhlak...

Kem Bestari Solat merupakan salah satu aktiviti dalam program j-QAF( jawi, Al-quran,Arab dan Fardhu Ain) yang di jalankan untuk murid-murid beragama islam tahun 1 hingga tahun 6 . Kem ini adalah merupakan salah  satu aktiviti Ko-Kurikulum yang dijalankan 2 kali setahun.

Bagi pelaksanaan Kem Bestari Solat Siri 1, Panitia Agama Islam  mengajak warga PPKI SKTPP agar dapat memberi komitmen sepenuhnya sebagai satu tanda kita menyayangi anak-anak didik kita. Pendedahan dan penerapan melalui teori dan amali adalah saluran paling sesuai mengajak anak-anak murid melaksanakan solat dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

Objektif Kem Bestari solat:

1. Mengetahui perkara wajib dan sunat dalam wuduk.

2. Dapat berwuduk dengan tertib dan sempurna.

3. Murid mengetahui pergerakan dalam solat secara tertib.

4. Murid dapat mengetahui syarat dan wajib sah solat.


Gambar-gambar sekitar Kem Bestari solat berlangsung:









 

No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...