Monday 25 March 2019

Program Kemahiran Lokomotor Aktiviti Lapangan (Memanah)

Tarikh   : 21 Mac 2019
Hari      : Khamis
Masa    : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SKTPP


Program kemahiran Lokomotor Aktiviti Lapangan (Memanah) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid berkaitan aktiviti pembelajaran terapi fizikal di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Objektif program ini adalah:

  • Mewujudkan suasana riang dan mesra dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran serta guru-guru di samping membentuk kestabilan diri.
  • Memberi pengetahuan kepada setiap murid cara berinteraksi dan menghormati orang luar
  • Memberi peuang kepada para guru dan murid mendapat pendedahan asas dalam kemahiran memanah
  • Membantu murid dari segi penguasaan kemahiran lokomotor (motor halus dan kasar)


Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar  iaitu  Encik Muhammad Firdaus Bin Idris selaku Pegawai Teknik Memanah Daerah Sepang  dan Jurulatih Sukan MSSM Selangor dari SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Ribuan terima kasih juga kepada  fasilitator-fasilitator yang turut serta menyumbang ilmu dan membimbing murid-murid dan guru-guru berkaitan memanah.

Aktiviti-aktiviti sepanjang program:











No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...