Thursday, 30 July 2015

Sambutan Hari Raya 2015

Khamis, 30 Julai - Pada hari ini Unit Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di sebuah restoran di Shaftsbury Cyberjaya. Sambutan ini julung kali diadakan bersama guru dan murid serta dimeriahkan lagi dengan penyertaan para ibu bapa. Antara aktiviti sambutan diisi dengan ucapan perasmi dari Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Khairul Azhar, memberi duit raya kepada murid dan menjamu selera juadah yang dihidangkan. Majlis disambut dengan suasana yang meriah dan para hadirin amat mengalu-alukan aktiviti sebegini pada masa yang akan datang.


Gelagat murid, guru dan ibu bapa sepanjang majlis diadakan...





























Majlis tamat pada pukul 3.00 petang.


Wednesday, 8 July 2015

Aktiviti Membuat Biskut Raya (Biskut Coklat Cornflakes)

8 Julai, Rabu - Pada hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, murid-murid diajar untuk membuat biskut raya. Aktiviti ini sebenarnya bertujuan mendedahkan murid-murid dalam kemahiran membuat biskut. Selain itu, ia juga sebagai aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana persediaan sambutan raya yang bakal menjelma.

Bahan yang diperlukan
Paper cup


      Murid-murid sedang giat mengikut arahan yang disampaikan oleh guru dalam membuat cookies raya



Murid-murid dibantu oleh guru
Biskut yang telah siap dibakar

Thursday, 25 June 2015

PK Pendidikan Khas Baharu

Selamat Datang diucapkan kepada Guru Penolong Kanan (GPK) Pendidikan Khas yang baharu iaitu Puan Norhamizah Binti Hamzah. Beliau akan menerajui Program Pendidikan Khas Integrasi yang selama ini tanggungjawab tersebut digalas oleh Penyelaras PPKI; Pn. Roslina binti Jafar. Terima kasih banyak diucapkan kepada Pn. Roslina atas jasa baik mengurus PPKI selama ini. Semoga gandingan PK Pendidikan Khas bersama guru-guru dan PPM akan lebih memantapkan lagi pentadbiran PPKI khususnya dalam meningkatkan kemajuan pendidikan anak-anak istimewa ini.
   Satu mesyuarat taaruf antara pentadbir SKTPP bersama PK Pendidikan Khas, guru-guru serta PPM PPKI telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKTPP pada 25 Jun 2015. Dalam sesi tersebut Guru Besar mengalu-alukan kedatangan Pn. Norhamizah selaku GPK PPKI. Ustazah Norhamizah tidak asing lagi kepada warga PPKI kerana beliau merupakan guru Pendidikan Islam di sekolah ini yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut.
   Pn. Norhamizah telah menyampaikan sepatah dua kata serta harapan untuk sama-sama mengurus dan membimbing murid-murid berkeperluan khas. Seterusnya guru-guru melaporkan aktiviti dan perkembangan terkini PPKI.


 Pn. Norhamizah binti Hamzah - PK PPKI SKTPP




Mesyuarat suaikenal PPKI

Wednesday, 6 May 2015

Program Terapi Renang, Presint 11, Putrajaya

Rabu, 6 Mei 2015 - Murid-murid PPKI  SK Taman Putra Perdana telah  menjalani aktiviti terapi renang di Pusat Rekreasi Air, Presint 11, Putrajaya. Aktiviti ini merupakan salah satu program terapi yang dijalankan setiap tahun di PPKI SK Taman Putra Perdana.  Seramai 19 orang murid telah hadir dan  mengikuti program terapi yang dijalankan ini di samping 7 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Program terapi renang yang dijalankan ini merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang sangat menyeronokkan kepada mereka. Sepanjang aktiviti berjalan, murid-murid begitu teruja dan seronok bermain air di dalam kolam renang. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang turut serta dan membantu mengurus murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan program terapi renang ini dengan jayanya.

Sebelum aktiviti dijalankan:



Semasa aktiviti dijalankan:








 Selepas aktiviti dijalankan:



Disediakan oleh : Puan Rafidah Binti Salleh

Monday, 4 May 2015

Sumbangan papan tanda oleh PIBG

Sekali lagi PPKI telah menerima sumbangan PIBG sesi 2015/2016 bagi memasang papan tanda untuk makluman masyarakat sekitar sekolah dan masyarakat luar tentang wujudnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Putra Perdana.

Selain itu diharap dengan makluman ini, akan membuka mata dan laluan kepada masyarakat luar sekiranya ingin menyalurkan sumbangan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Papan tanda yang telah dipasang telah diletakkan di beberapa tempat. Antaranya seperti berikut:

1.      Di pintu pagar A – Papan tanda “Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana”


Description: C:\Users\user\Downloads\IMG-20150611-WA0003 (1).jpg

2.      Di Bangunan PPKI dan Kelas Pemulihan
3.      Papan tanda untuk diletakkan di pintu-pintu utama kelas PPKI (Kelas PPKI, Bilik Guru PPKI, Tandas PPKI)
4.      Papan tanda penghargaan atas sumbangan PIBG bagi menaiktaraf bangunan/kelas PPKI. 

Di pintu pagar A – Papan tanda “Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana”

Di Bangunan PPKI dan Kelas Pemulihan


Description: C:\Users\user\Downloads\IMG-20150611-WA0005 (1).jpg

Papan tanda untuk diletakkan di pintu-pintu utama kelas PPKI (Kelas PPKI, Bilik Guru PPKI, Tandas PPKI)


Description: C:\Users\user\Downloads\IMG-20150611-WA0004.jpg

Papan tanda penghargaan di atas sumbangan PIBG bagi menaik taraf bangunan/kelas PPKI.

Thursday, 26 February 2015

Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda

Khamis, 26 Feb 2015  -  Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda telah diadakan bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di samping meningkatkan kemahiran individu, psikomotor kasar dan halus. 

Sebelum terapi berkuda dijalankan, murid - murid melakukan regangan bagi memanaskan badan. Penerangan tentang aspek keselamatan sebelum dan semasa menunggang kuda juga diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

2 ekor kuda digunakan secara bergilir-gilir membawa murid mengeliling kawasan padang sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung, murid kelihatan sangat seronok dan teruja. 





disediakan oleh : Pn Nurul Iman binti Illyas

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...